Nuffnang

Wednesday, July 28, 2010

TMNET STREAMYX


Kita ni baru je nak buka telekung sembahyang tiba-tiba hp ringging. Tengok no yang tak dikenali tapi angkatlah juga mana tau ada emergency.

Tiba-tiba dengar suara ' ini rumah Ah Choon yang mohon pasang internet ke?' Aiyakkk! tau la kita cun melecun panggil Lee Ah Choon lak...hehehe. Langsung takde SPP, kenalkan diri ke wat manis-manis mulut. Tiba-tiba nak pasang internet tengah-tengah senja ni. Kita cakap kat dia encik internet yang sediaada kat rumah kita pun tak terpakai, inikan pulak nak pasang Tmnet Streamyx...hehehe. Cukup-cukuplah dengan Broadband Celcom kita ni. Berbaloi-baloiiiiiiii...hehehe

Bila kita cakap encik salah nombor ni, lagi cakap ini dekat Hulubalangkan? Kita pun buat-buat cakap Hulubalang takde la, belalang adalah...hehehe. Dia dengar macam blurrrrrr je, siap cakap uittt...uitttt pastu kita jerit kuat-kuat oiiiiiiiiiiiii ni Taman Pulai Indah laaaaaaaa....hehehe

Sure gegendang telinga lelaki tu bergegar dengar kita punya jerit...hehehe. Kalau korang nak beli Tmnet Streamyx sila contact no ini ya 013 7444534. Kita tolong wat promotion nombor je...hehehe

Kita baru je nak publish blog ni, tiba-tiba hp ringging lagi ...hehehe. Dia tanya lagi betul ke awak bukan Lee Ah Choon? Kita pun dengan selambanya menjawab 'encik saya ni melayu, bukan cina dan bukan Lee Ah Choon'. Dia terus cakap sori, sori...hehehe

Siap la kalau call lagi nanti kita nak cakap encik kita memang cun melecun. Hah! encik nak apa sebenarnya? hahaha

No comments:

Post a Comment