Nuffnang

Tuesday, August 10, 2010

1, 2, 3....MULA


Selamat pagi semua dan selamat berpuasa bagi penganut agama Islam.

1, 2, 3..... Mula berpuasa kita pagi ni. Kita bangun seawal 4.30pg. Buat nasi goreng kampung dengan telur mata lembu. Telan terpaksa...hehehe. Kita kurang minat makan subuh-subuh ni. Lebih selesa zzzzzz waktu-waktu sebegitu, bersahur itu hukumnya sunat makanya kita amik berkat perkara yang baik-baik.

Masa nak bangun tu hanya Allah yang tahu. Kita tido pukul 2.15pg menyiapkan penghantaran emel Halaman Kandungan. Confirm ramai lecture UTM terkejut tengok time kita hantar emel...hehehe. Jangan tak caya kita send emel Datuk Naib Canselor pukul 2.00pg, datuk jangan tido lagi terima emel kita tak? hehehe. Kalau tahun depan orang lain naik pentas, kita naik bumbung la ya...hahaha

Biar pun boss beso, boss sederhana, boss kecit tak nampak apa yang kita buat tapi BOSS yang kekal abadi nampak kerja-kerja kita tanpa mengira masa. Insyallah!

Kekangan masa kadang-kadang membuat kerja-kerja hakiki kena bawa balik sampai rumah. Sekarang pun tengah sibuk dengan pameran, lawatan dan projek-projek semakin bertambah. Pendaftaran syarikat keparat (Korporat) kian bertambah setiap bulan.

Inilah peranan orang promosi, bagi maklumat orang ramai tanpa mengira waktu dan masa. Kita suka dengan tugas sekarang, kalau ikutkan sekarang bulan Ogos tapi ada maklumat bulan November kita dah mula hantar. Caiyokkkk! kak CT, servis baik punya...hehehe. Hambooooii...naik lif tekan button sendiri ya...hehehe

Banyak emel dari lecture yang kita terima, memberi pujian tapi siapalah kita untuk bermegah-megah. Satu emel dari Dr Tuuuuttt paling buat kita berbunga-bunga. 'Inilah satu-satunya servis yang paling terbaik yang diberikan oleh PSZ'. Glupppp! kita di buatnya. Perasan. Huh! Semua emel-emel tu kita simpan dalam folder sebagai pembakar semangat untuk berkerja. Biarlah DIA yang tahu. Cukuplah kita buat orang lain gembira dengan servis yang di beri, itu sudah terbaik bagi kita.

Kau tempatku meminta, kau beri ku bahagia, padamu ku bersujud...lalalala

No comments:

Post a Comment