Nuffnang

Thursday, August 12, 2010

AKHIRNYA DIA PERGI JUA



Salam uoll...

Kita baru selesai solat isyak dan terawih. Lipat kain kejap sambil on lappy. Tujuan buka lappy nak update blog kita dengan wajah baru. Dalam sibuk membelek blog terus klik facebook. Terbaca kat wall yang di hantar oleh Senorita SIT sebegini.

'Salah seorang staf PSZ Kak Ngajibah Adan telah kembali kerahmatullah...pukul 7 malam tadi, sedih dan sangat terperanjat kerana rancangan kami untuk melawat arwah petang tadi dibatalkan kerana di khabarkan arwah telah ke hospital. Kami tunda esok untuk melawat tetapi Allah lebih menyayanginya. Semoga rohnya ditempat org2 yang beriman. Al-fatihah'

Terima kasih Senorita SIT yang memberi perkhabaran yang cukup menyedihkan tapi siapalah kita untuk melawan takdirNya. Terduduk kita atas katil dengan rasa sedih. Kita tarik nafas panjang-panjang beristighfar banyak kali.

Secara jujurnya kita memang rindu sangat dengan kelibat dia, sebab kita cukup suka peratikan gerak geri dia kalau nak ke pantry. Kadang-kadang kalau ada apa-apa makanan kita pelawa sekadar yang ada.

Akhirnya insan yang kita panggil kak N pergi jua mengadap ilahi untuk selamanya. Mulai hari ni kita dah tak dapat peratikan lagi dia jalan ke pantry dengan lemah longlai. Cukuplah sekadar memerhati dari meja kelibatnya, namun 2 minggu lepas dan untuk selama-lamanya dia meninggalkan kita dengan seribu kenangan manis buat warga PSZ.

Allahyarhamah sepanjang kita mengenalinya tiada masalah komunikasi dan sebagainya. Kita menghormati beliau sebagai seorang kakak, kadangkala dia juga menasihati kita. Kadangkala luahan hatinya mungkin boleh meredakan kesakitan yang dia tanggung, sebagai kawan kita jadi pendengar yang baik.

Apa yang mampu saya perkatakan Allah lebih menyanginya dari segalanya. Kita akan merindui insan yang bernama allahyarhamah Najibah binti Adan. Moga allahyarhaman damai di sana. Amin.

Kita tak dapat menahan sebak ketika menaip blog ni, kita cuba masuk directory UTM untuk mengabadikan wajah allahyarhamah untuk kali terakhir buat tatapan semua sebelum pihak yang berkenaan delete untuk selamanya.

Al Fatihah! Akhirnya kak N pergi jua buat selama-lamanya...

No comments:

Post a Comment