Nuffnang

Tuesday, August 24, 2010

ANTARA 2 DARJAT












Salam buat blogger semua...

Kita rasa cukup sedih tak tengok gambar di atas? Kita terima emel ni dari adik di Terengganu. Thanks Ita, for giving me a good information. Satu jurang kehidupan yang jauh berbeza. Kita merasakan kedua-dua kehidupan belum penah kita rasai. Rasanya kita duduk dalam kelompok pertengahan dari hasil gambar di atas.

Kalau kita tengok gambar-gambar di atas kehidupan mereka cukup mewah dengan lambakan makanan sehingga terbuang di tanah. Kita tertanya-tanya kenapa ya mesti di masak begitu banyak, wal hal beras-beras yang sedikit bila di kumpul menjadi banyak boleh di sedekahkan. Tapi hati manusia ni tidak serupakan?

Kita nak berkongsi pengalaman sewaktu mengerjakan umrah tahun 2006. Ketika itu di sebelah siangnya selepas mengerjakan ibadat umrah adalah seorang kawan yang satu team dengan kita mengajak ke rumah kenalannya yang memang warganegara dan berbangsa arab. Kami pergi waktu malam dan adalah dalam 8 orang ketika itu.

Pergi pun di jemput oleh pemandu dengan kenderaan mewah yang di sediakan oleh incik Arab tersebut. Masa kami sampai di rumah incik arab dan isteri, kami di sambut dengan cukup hormat, maklumlah tetamu dari Malaysia. Incik arab boleh bertutur sedikit dalam bahasa melayu...hehehe. Layan jugalah sekadar sepatah dua perkataan. Dia panggil kita Siti Rahmah....huhuhu. Abah kita senyum je bila dia panggil kita Siti Rahmah, sure dalam hati kata 'aku bagi nama anak cantik2 pandai lak incik arab menukar'...hehehhe

Majoriti orang arab ni memang kaya raya di sana. Masa kita masuk rumah incik arab tu dalam hati hanya boleh cakap 'woowww'. Kemudian dia ajak kami duduk di ruang makan yang bermejakan meja jepun yang boleh meletakkan seramai 30 orang. Bayangkan betapa panjangnya meja tersebut. Atas meja pelbagai jenis juadah makanan dengan nasi arab, daging kambing, unta, pelbagai jenis roti, manisan, coklat, kuih muih dan macam-macam lagi. Buah-buahan macam di atas tu. Puas kita melantak buah kurma segar rasanya yang manis dan rangup.

Mungkin macam dah satu tradisi agaknya dia cukup menghormati tetamu Dia akan sendukkan nasi terlebih dahulu, banyaknya macam 'bukit' kira saiz XXXL dan makan sampai habis. Bila habis dia akan tambah lagi di pinggan kita. Dia akan ajak kita bersembang sambil makan. Nak tau tak hidangan yang di sediakan masa kita datang tu macam tetamu dalam 30-40 orang. Memang itulah cara mereka. Buang makanan tiada apa-apa makna bagi mereka.

Apa yang kita boleh cakap, banyak pengajaran dari gambar di atas. Si kaya akan terus dengan kehidupan mereka yang si miskin akan mati sebab tidak dapat makan tapi bagi mereka yang sedar sahaja akan terbuka hati mendekati insan-insan yang seperti ini.

Fikir-fikirkan lah!


2 comments:

  1. salam kenalan ,

    whoaaa...byknyerrr mknn yg atas tuu....

    uhh...kesiannye xcukup mkn/kurus krg yg bwh tu...

    thnx 4 following my blog ;)

    ReplyDelete
  2. slm kenal jgk....aah cian kan....

    ReplyDelete