Nuffnang

Monday, August 9, 2010

DATIN RENY RAHAYU MOHD ISHAK


Alhamdulilah, akhirnya jejak kasih kita berhasil jugak. Kita kena percaya dengan usaha yang baik serta di iringi doa. Allah maha mengetahui permintaan hambaNya.

Bagi yang mengikuti blog kita yang lepas pernah satu ketika kita menulis tentang Datin Reny Rahayu Mohd Ishak yang banyak terpapar di dada akhbar. Beliau merupakan Naib Presiden Malaysia Gabungan NGO, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Kawasan selayang dan Presiden Skuad Sayang Malaysia.

Kita emel tak berjawab tapi dalam emel ada mengatakan kalau nak cari kawan lama ramai ada dalam Facebook. Alhamdulilah semalam semasa duduk di rumah, masa banyak kita habiskan dengan melayari internet. Tiba -tiba ada hamba Allah add dengan nama Reny Rahayu. Kita terus accept dengan linangan airmata. Sedih, terharu dan gembira yang bercampur baur. Rasanya 26 tahun tak bersua muka, apatah lagi berbual kosong seperti dulu. Kita rindu sangat zaman remaja, gelak tawa bersama rakan-rakan sekolah semasa di Sek. Men. Sultan Ismail, Johor Bahru.

Sebelah malamnya dia muncul semula dalam facebook sambil posting msg dengan kita. Dia macam dulu yang kita kenal. Alhamdulilah Ayu yang dulu kita kenal langsung tidak berubah walaupun kehidupan dia jauh daripada dulu. Kita panggil dia datin pun tak bagi, siap kata mengada...hehehe

Datin Reny Rahayu Mohd Ishak semasa zaman sekolah seorang yang berbadan agak besar dan aktif dalam bidang sukan, ratu trek dan hoki. Satu ketika kami pernah berkawan baik dalam bidang sukan dan semasa di tingkatan 4 dan 5 kami juga pernah duduk dalam kelas yang sama.

Insyallah dia nak buat reunion di Kuala Lumpur. Kita nak jumpa ramai kawan-kawan di sana. I miss them! Alhamdulilah doa kita di makbulkan Allah Taala dalam nak menyambut Ramadhan.

2 comments:

  1. Wahhh ... Kak CT sekarang ni dah geng ngan Datin, patutlah posing maut ngan sun-glass zaman 70 an ....hu hu hu hu .....
    Malam ni sahur kat mana? Restoran tempat selalu makan tu open 24 hrs ke? Start aje enjin kereta kalau nak sedut udara di awal pagi, bila lagi, saja-saja nak pegi makan waktu awal pagi selain untuk bersahur buang karen jekk, baik tido .... Selamat Berpuasa!

    ReplyDelete
  2. inachomel :

    Dh beberapa geng zaman sekolah dulu yg dh dapat title 'Mak Datin' tp itulah rezeki Allah nak beri pada umatNya. Sedikit penyesalan la dlm diri sbb kawan sambung study, akk pilih kerja. Bila tgk kawan2 semua dh jadi doktor, peguam, lecture, engineer, guru dan sebagainya akk macam ni.

    Tapi bila muhasabah diri mgkn ada hikmah tertentu kenapa akk di kehidupan sekarang. Adik- beradik selalu pesan jangan myesal, alhamdulilah masih ada kerjaya di tempat yang berilmu. Nampaknya sampai pencen akk di 'U'...hehehe. Org lain dh kuar masuk U, akk x graduate gk...hi3

    Ada rupa datin tak kita? hahaha. Dpt title nenek pun dh cukup baik...Amin! huhuhu

    Kita sahur kat rumah, ingat nak buat nasi goreng. Insyallah bebuka posa di rumah abah akk dan jumaat ptg di rumah mentua kat Muar.

    Anyway Selamat berpuasa, minta maaf kalau ada salah silap moga Ramadhan kali ni lebih baik dari tahun yg sudah2.

    ReplyDelete