Nuffnang

Thursday, August 12, 2010

GEMBIRA BERBAUR SEDIH

Salam uoll.

Pejam celik kita semua dah melakukan ibadah puasa hari ke 2, Alhamdulilah padamu Ya Allah memberi peluang pada kita untuk bernafas, ketawa, bersedih, berkasih sayang sesama insan, makan dan minum. Thank you Allah.

Kita agak bz sedikit kerana menyiapkan statistik yang di perlukan oleh Cik Ciki. Kita buat sampai dia berpuashati. Dia emel kita tulis ' Thank you very much kak CT and I luv you'. Terharu jap. Bagi kita walaupun tinggi mana darjat sesorang, dia pun manusia biasa ada rasa dan perasaan. Kita layan dia macam adik dan anak-anak kita tapi dalam kerja dia adalah boss kita. Alhamdulilah dia selalu beri kerjasama yang baik dengan kita. Thank you Cik Ciki!

Pagi tadi lepas bersahur kita sempat masuk blog melatiindah, airmata kita mengalir, sebabnya hamba Allah ni muncul kembali dalam blognya. Dia dah memulakan kuliah semula di Universiti Malaysia Sabah yang di tinggalkan selama 2 tahun. Wlaupun keadaannya tidak lagi berapa stabil namun doktor sudah membenarkan dia kembali ke universiti untuk meneruskan pengajian. Bagi kita itu sudah cukup baik dan juga satu yang cukup mengembirakan kita terutama family terdekat dia. Alhamdulilah allah masih beri peluang untuk dia meneruskan hidup di mukabumi ini.

Kita dari pagi belum berkesempatan membaca emel, tapi orang di sekeliling kita baik-baik belaka selalu menyampaikan perkhabaran. Kita dapat makluman Kak N sedang sakit di rumah dan maklumat terkini kita di pahamkan telah di masukkan ke hospital akibat keadaannya yang kurang stabil. Hanya titipan doa yang baik-baik mampu kita sampaikan buat kak N. Moga Kak N jadi insan, ibu, sahabat kita yang tabah dalam mengharungi dugaan.

Ikut perancangan kita nak datang ke rumah dia di Taman Teratai tapi dia telah di masukkan ke hospital. Insyallah kita akan meluangkan masa menjengok kak N di wad nanti. Kita memang rindu kelibat kak N, walau pun kami agak jarang bersembang tapi dah namanya satu pejabat maka kita dah macam satu keluarga yang besar. Kesakitan kak N di rasai kami semua. I luv you kak N, moga akak cepat sembuh seperti biasa. Insyallah.

No comments:

Post a Comment