Nuffnang

Saturday, August 21, 2010

KASUT LAGI


Salam pagi sabtu dan selamat berpuasa semua.

Alhamdulilah pejam celik kita semua umat Islam di Malaysia dah berpuasa hari yang ke 11. Malam semalam kita ke Jusco bagi tujuan nak belikan kasut anak dara kita. Dalam sibuk memilih kasut dia, kita tertarik dengan sepasang kasut dan beg. Lagi pun Jusco masih ada jualan murah, stok baru lagi di keluarkan.

Kita beli yang dapat diskaun 20%. Hari tu tak nampak pun kasut dan beg ni. Tujuan utama kasut ni kita beli untuk mengelakkan dari lutut kaki terasa sakit. Ntah sejak kebelakangan ni terasa sakit pulak lutut ni.

Semalam ke pejabat terus kita pakai, rasa macam laju je kita berjalan kesana kemari. Kasut jenama Viss yang warna hitam pun belum pakai lagi....huhuhu


No comments:

Post a Comment