Nuffnang

Thursday, August 5, 2010

SEK KEB SRI AMAR, JOHOR BAHRU




Salam buat buat blogger semua. Jam dah menunjukkan pukul 12.30mlm, hari masih siang lagi. Ceh! Statement baik punya, yelah dah melantak tido dari pukul 7.50mlm tadi...hehehe.

Bukan apa tadi lepas mandi petang tiba-tiba badan mengigil macam tak berapa sihat, makan paratemol terus tertido. Ermmm...sampaikan incik asben call pun tak sedar. Sedar-sedar sms masuk pukul 11.00mlm dengan tak makan dan minum...hehehe


Ya! Allah lamanya tido. Baru jap minum teh O panas dengan makan ketupat dengan rendang yang di beli oleh incik asben di Padang Kawad, UTM. Sedap sesekali makan ketupat ni. Tadi pagi kita terima pelawat dari Sek. Keb. Sri Amar seramai 150. Ramainya, bukan kita bawa sorang ya, bahagi 4 bahagian tapi group kita paling ramai. Ramai peminat katakan...hehehe. Perasannya makcik ni! hehehe

Selesai buat taklimat dan lawatan pada pelajar-pelajar kita bersalaman dengan para guru tiba-tiba macam kita kenal ini hamba Allah. Mulut ni ringan nak bertanya. 'Awak dulu bersekolah di Sek. Men. Keb. Sultan Ismail, Johor Bahru kan?'. Tepat sekali classmate kita Zaleha Md Som. Jejak kasih nampaknya terus tukar-tukar no hp. Kita dah add dalam facebook lagi.

Alhamdulilah hari yang cukup membahagiakan rasa dapat berkasih sayang lagi dengan teman-teman di ketika usia yang semakin senja...huhuhu. Status sedih dan terharu kita di buatnya. Buat para guru-guru dan pelajar-pelajar dari Sek. Keb Sri Amar terima kasih kerana sudi datang ke PSZ, ingat pesan saya, pesan guru belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam akademik dan berakhlak mulia. Insyallah...

No comments:

Post a Comment