Nuffnang

Sunday, August 15, 2010

TYROXINE


Hari yang cukup buat kita terasa letih, mengantuk dan tulang-tulang terasa sakit yang amat sangat untuk berjalan. Pantang nampak katil dan sofa kita nak lending, mengantuk yang amat sangat. Semalam semasa balik kampung Muar terlupa bawa 'tyroxine'. Pejam celik dah 10 tahun kita mengambil ubat ini. Biasanya kesan akan di rasai sehari selepas tidak mengambilnya, walaupun pagi tadi kita mengambilnya. Huh! siksanya, hanya mereka yang senasib dengan kita je yang paham akan situasi kita.

Sekarang bila kita nak dapatkan bekalan ubat di Pusat Kesihatan Universiti setiap 3 bulan, doktor mesti tengok je muka kita. Ermm... 10 tahun ya CT awak dah ambil ubat ni. Sedih! Hidup perlu di teruskan dengan semangat yang kuat serta doa yang baik-baik dari Allah Taala.

Dulu kita dapat bekalan di Hospital Sultanah Aminah memandangkan ubat ini di kategorikan ubat terkawal kita minta excuse supaya di bekalkan di Pusat Kesihatan Universiti, lagi pun sekarang kita dah ada 'geng' seorang lecture yang spesis dengan kita. Satu lagi kita sampai naik malu kena cuti kalau nak pegi ke hospital. Asyik-asyik muka kita yang sorang ni selalu alasannya ke hospital. Tapi itulah kita, Allah nak uji sejauh mana ketabahan kita agaknya. Moga kita jadi insan yang tabah.

Acctually kita dah buang kesemua kelenjar tyroid sebab tu kita sekarang ni bergantung sepenuhnya pada ubat-ubatan.

Tak nak cite banyak-banyak la. Sedih! Tak nak sedih wooo...be eppy ya. Nak tahu lebih lanjut rujuk pautan http://www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg39229.html

Aisey! Kita tak nak la touching-touching...jom ketawa kuat-kuat wakakakakaka!

2 comments:

  1. wah, dah banyak menampal gambo nampaknya ^_^

    ReplyDelete
  2. Ampuan Awang : Bukan rumah je kena tampal gambo2...sini pun kena tampal...hehehe..saje2 bg cantik sikit je...:)

    ReplyDelete