Nuffnang

Sunday, August 22, 2010

ASET KEKAL


Salam uoll..

Kita masih terngiang-ngiang lagi tazkirah yang di beri oleh imam masjid tempat kita tinggal selepas solat isyak, seingat-ingat kita la masa tu puasa yang ke 8. Dia bercerita tentang sedekah dengan penyampaian yang cukup menarik sehingga dia sendiri merasa sebak.

Yela kalau kita paham sedekah ni merupakan salah satu dari tiga perkara yang akan kita jadikan bekalan semasa kita mati nanti.

a. Anak soleh yang mendokan kedua ibubapanya
b. Sedekah
c. Ilmu yang di pergunakan orang lain

Paling bagus bersedekah pada anak-anak yatim dan tak salah niat bersedekah pada aktiviti bersosial bagi tujuan kebaikan tapi sebaik-baiknya pergilah pada insan yang lagi memerlukan.

Insyallah dalam sibuk menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos 2010, kita dan incik asben nak meluangkan masa beraktiviti bersama anak-anak yatim seramai 100 orang. Kalau anak-anak kita balik, kita nak bawa mereka bersama. Kita ni nak mereka terdedah dengan kehidupan sebegini supaya mereka sedar ramai lagi di luar sana masih ramai insan yang hidup tidak seperti mereka.

Kita lebih selesa mendidik anak-anak dengan cara sederhana, baik makan minum, pakaian dan sebagainya. Dulu zaman kita kanak-kanak tak pernah merasa hidup senang seperti anak-anak sekarang. Makan seadanya, jauh sekali pakaian dan kasut beg yang cantik. Tapi itulah yang mengajar kita erti kehidupan.

Alhamdulilah, bila usia semakin meningkat senja, kita lebih suka mencari 'aset' bekalan akhirat sebanyak mungkin. Persiapan raya pun setakat ala kadar sahaja.

No comments:

Post a Comment