Nuffnang

Monday, August 16, 2010

OOOO...BAPA MERTUAKU


Kita nak kongsi satu pengajaran yang patut di kongsi bersama. Bapa mentua kita la buka cite. Bapa dan mak mentua suka buka 'story' kat kita...hehehe.

Camnilah orang tuakan mudah je di tipu-tipu sebab dalam diri mereka jujur tu lebih sangat, senang cite mudah sangat di perdaya dengan janji manis. Ermmm...pelik! Bapa mentua kita cite, dia di datangi seorang lelaki yang di kategorikan macam gores dan menang.

Lepas tu dia bagi tau bapa mentua kita dapat sebuah kereta baru dan siap dengan roadtax. Dalam menang tu dia kena bayar sebanyak RM1000.00 dengan lelaki tersebut. Jadinya bapa mentua kita sukalah dapat kereta hanya dengan bayar RM1000.00 berbanding dengan nak membayar riban-riban.


Masa yang di janjikan sudah tiba, bapa mentua kita siap jual motor memandangkan dia ada 3 buah motorsikal jadinya dia jual sebuah demi mendapatkan sebuah kereta. Petangnya mamat yang pandai 'usha' bapa mentua kita pun datang rumah dengan menaiki kereta. Datang pun bapa mentua kita yang call, selagi bapa mentua tak call dia tak nak datang. Bijak punya strategi.

Bapa mentua kita pun serahkan duit sebanyak RM700.00 pada mamat tu. Bila dah serah mamat tu mintak diri dan berjanji untuk datang serahkan kereta...hehehe Masa nak balik, mamat tu dari dalam kereta siap cakap 'bye-bye pakcik'...hehehe.

Kemudian dari hari ke hari, minggu ke minggu batang idung mamat tu pun tak muncul. Bapa mentua kita dah mula tersedar dari mimpi yang angan-angan mat Jeninnya untuk mendapatkan kereta hancur musnah. Sampai sekarang rim kereta pun tak muncul, duit tu dah selamat mamat tu enjoy dengan gumbiranya...hehehe.


Kita pun cakaplah, kereta sorong pun kita tak percaya inikan lagi kereta senang-senang orang nak bagi. Huh! bapa mentuaku. Peliknya dia mudah sangat percaya perkara yang tak logik dik akal. Perkara ni dah 4 bulan berlalu, bapa mentua kita dah tersedar dari lamunan...hehehe


Moral of story jangan mudah percaya dengan janji-janji manis dan pengetahuan kena luas moga tak mudah tertipu.
Memang kesian kat bapa mentua kita.

Anak-anak dia semua tak tahu, yang tahu ni la menantu perempuan dia yang sorang ni...hehehe
Abah-abah!

4 comments:

  1. Betullah kak CT! Saya dulu pun nyaris terkena. Masa tu saya bujang lagi, kat parking Perling Mall ada mamat ni datang suruh saya gores kad. Sekali gores muncul gambo kereta Perdana. Yang excited giler si mamat tu, saya biase je pasal bila fikir2 balik, siapalah yang dengan senang hati nak beri kereta kat saya? Dah lah tu, tulis slogan pun tak, alih2 menang ... memang tak logik! Last2 saya tinggalkan jer mamat tu yang syok sendiri. Zaman sekarang memang senang nak kena tipu, yang penting kita kena fikir panjang.

    ReplyDelete
  2. mak kita kena byr rm 300, tp dapat brg blender..goren dan menang gak..hmm...mcm2..

    ReplyDelete
  3. inachomel: Ooooo..nasib akk ni 'kalis' orangnya...huhuhu

    ReplyDelete
  4. Laila : Ciankan...dorang ni mudah btl nk dpt sumber kewangan dgn mnipu org sana sini. Hope jgn mudah terpedaya la.

    ReplyDelete