Nuffnang

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN


Selamat malam buat semua blogger di mana jua anda berada. Alhamdulilah, selesai sudah solat terawih untuk malam ni. Kita bersolat di rumah, kalau ke masjid pun berselang seli. Kita tak boleh duduk di tempat yang suasana orang ramai sangat. Kita alah suasana panas. Takut asthma menyerang kembali.

Jadinya berselang seli kalau nak ke surau. Tambah malam pertama macam ni, confirm orang ramai. Actually berjemaah tu bagus dan pahalanya cukup besar tapi kita percaya Allah lagi mengetahui keadaan umatNya.


Atas kesempatan ini kita nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat semua blogger yang melayari http://batulesung.blogspot.com. Terima kasih banyak kerana dapat berkasih sayang sesama insan dan menjadi sahabat alam maya kita.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan dapat berjumpa semula Ramadhan tahu hadapan. Insyallah!

Dalam kita berpuasa jangan lupa perbanyakkan bersedekah dan berdoa. Dalam kita sibuk membeli juadah jangan lupa mereka yang kurang berkemampuan. Makankah mereka?

Kau tempat ku meminta, kau beri ku bahagia, Ampunimu ya Alllah, padamu ku bersujud......lalalalala

No comments:

Post a Comment