Nuffnang

Sunday, August 15, 2010

SEMALAM DI MUAR



Salam uoll, sihat ke hari ni?

Alhamdulilah pejam celik dah mencecah 5 hari kita berpuasa. Malam tadi sebelum bertolak balik ke Johor Bahru kami berbuka puasa dengan mak dan abah belah incik asben. Sebelah pagi kita dan incik asben sempat meluangkan masa membeli belah bahan mentah untuk berbuka puasa di Pekan Parit Yusof. Ingatkan kedai-kedai di situ sunyi tapi sangkaan saya meleset, ramainya manusia yang seupa dengan kita untuk berbelanja. Harga barang-barang agak murah kalau di compare dengan area sini.

Petang dalam pukul 4.00ptg kita dah turun ke dapur untuk menyiapkan masakan berbuka. Kita masak masakan yang biasa-biasa je, asam pedas ikan pari, sayur labu masak lemak, sayur chap chai dan buat air sirap bandung ais krim soda serta air tahu cincau.

Bila dah petang abah dan incik asben keluar beli lagi makanan sata, karipap, samosa dan buah rambutan.

Berbuka bersama mak dan abah mentua, makan di kampung ni cukup menyelerakan, beriya-iya kita makan sampai terasa kenyang.

Selepas isyak kami bertolak balik, sedih nak tinggalkan mak dan abah mentua tapi kita pun ada tanggungjawab yang perlu di laksanakan. Moga Allah Taala memberi kesihatan dan kesejahteraan ibubapa mentua kita dengan perkara yang baik-baik.

Masa nak balik mak mentua kita bekalkan pelbagai jenis masakan petang tadi bagi memudahkan kita tak perlu masak lagi untuk bersahur. Jadinya kita sahur pagi tadi dengan lauk berbuka petang semalam yang kita panaskan sahaja.

Bukan nak memuji, mak mentua kita ni sikapnya serupa dengan arwah mak kita sendiri. Kalau nak balik mesti ada buah tangan yang dia nak beri pada kita. Yelah orang tua camtu la perangainya, demi kasih sayangnya terhadap anak menantunya. Kita layan je la, biarlah akhir-akhir perjalan hidupnya kita beri kasih sayang yang tak terhingga buatnya. Entah esok, lusa dan dan bila-bila, kita tetap akan terputus hubungan kasih sayang jua.

Mak maafkan salah silap kita ya, kalau ada buat silap dan salah samaada di sengajakan mahu pun tidak. Mak dan abah mentua adalah insan yang ada di hati kita sentiasa. Sedih mak adalah kesedihan kita juga.

Sayang mak....Mood sedih!

No comments:

Post a Comment