Nuffnang

Tuesday, August 3, 2010

THANK YOU ALLAH


Salam buat blogger semua.

Astghafirullah hul azim! Kita masih menyiapkan projek UTM, iaitu Projek Schollars Inn yang belum selesai, bila free kita masih buat lagi editing dalam bilik mesyuarat. Kita merasakan cuaca elok di luar sana, tapi perasaan ni tiba-tiba macam ada ribut taufan melanda sekarang ni...hehehe

Lawatan dari luar semakin agak padat jadualnya. Boleh di katakan setiap minggu kita ada bawa pelawat. Esok pagi untuk team kita ada seramai 150 orang. Selamat datang ya tuang-tuang dan puang-puang! hehehe

Tengahari kita terima emel, nama kita tersenarai dalam satu lagi projek PSZ. Pukul 2.30ptg dah masuk taklimat MyMohes dalam MPM 2. Pembahagian tugas telah di edarkan, terimalah seadanya...hehehe. Macam tertelan guli pun ada tekak ni. Ooooookokokoko...korek-korek macam tak boleh keluar pulak. Telan je la...glupppp! hehehe

Selesai taklimat MyMohes kita masuk pulak MPM 1, taklimat input data Makalah. Alahai! tak pernah kita mengkatalog bahan, tiba-tiba nama tersenarai lagi dalam Bursa Saham. Perghhh! berbaloi akak dik!

Minggu lepas baru terima projek peta bagi pengesanan peta-peta zaman Jahiliah antara yang masih wujud dan tidak. Senarai projek dah pun di terima. Nama kita tersenarai lagi. Redooooo! redoooo! seadanya...hehehe

Kalau pikir boleh jadi sedara ting tong jadinya banyak kali kita beristighfar dan bersyukur sebab tak mahu diri ni jadi stress. No stress!

Kita ingat perkara yang baik-baik, niat kerja kerana Allah dan UTM. Pujuk hati, Ya Allah aku bersyukur masih di beri peluang kerja yang baik kalau di bandingkan di luar sana. Kalaulah aku kutip tin, kutip kotak dan sebagainya.

Alhamdulilah dengan apa yang ada sekarang! Kita mampu ada rumah, ada kereta, ada keluarga bahagia, melancong kesana sini dan di kelilingi kawan dan family. Kita ingat kata-kata NC, kalau mati biarlah dalam berilmu. Nauzubillah! moga ianya menjadi kenyataan.

Ya Allah! bahagianya kehidupan kita. Thank you Allah!

No comments:

Post a Comment