Nuffnang

Wednesday, September 29, 2010

35 PEGUAM TERLIBAT JENAYAH DI TAHAN

Kuala Lumpur – Seramai 35 peguam telah ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, setakat ini kerana terlibat dalam kegiatan jenayah di seluruh negara termasuk dua beradik yang menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki baru-baru ini.

Peguam dua beradik terbabit disiasat kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan tanah yang didakwa ingin dibeli oleh Sosilawati di Pulau Pinang.

Timbalan Pengarah 1, JSJK, Bukit Aman, Datuk Nooryah Md. Anvar berkata, kesemua peguam yang ditahan terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah seperti kes penipuan, pecah amanah, pemalsuan dokumen bagi geran tanah dan afidavit.

Beliau berkata, terbaru, polis menahan seorang peguam berusia 50-an di rumahnya di Sunway, Subang Jaya, dekat sini, hari ini setelah dipercayai cuba memalsukan geran tanah di ibu negara bernilai kira-kira RM15 juta kepada syarikatnya.

“Suspek ditahan kira-kira pukul 8 pagi untuk siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Nooryah bagaimanapun enggan mengulas lanjut secara terperinci mengenai tangkapan tersebut, latar belakang peguam terlibat dan modus operandi digunakan.

Berita lanjut sila klik di sini

Nota Kaki : Tangkap jangan tak tangkap. Benteras habis-habisan.

Sumber Utusan Online

No comments:

Post a Comment