Nuffnang

Tuesday, September 28, 2010

PERCUTIAN BERBALOI DI BEIJING

Sekiranya anda sedang merancang destinasi percutian di luar negara, Beijing di China merupakan lokasi yang paling sesuai untuk dikunjungi. Ini kerana sejarah tamadun China yang bermula terlalu lama sejak 5,000 tahun lalu pastinya menjanjikan nilai tambah percutian yang berbaloi dan mengagumkan.

Banyak tempat bersejarah unik boleh dilawati bersama keluarga dan rakan-rakan membuatkan pelancong teruja menyaksikan sendiri kesan sejarah tamadun sebuah negara yang tertua di dunia.

Itu belum lagi mengambil kira aktiviti membeli-belah yang membuatkan pelancong merasakan waktu berlalu terlalu pantas dan tidak pernah mencukupi.

Diberi tugasan melawat di Beijing menerusi pakej pelancongan Muslin baru-baru ini ibarat satu peluang keemasan kepada penulis menerokai kesan sosio-budaya yang menjadi kebanggaan masyarakat Cina hingga hari ini.

Berlepas dari Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Kuala Lumpur, hati di dalam mula rasa berdebar-debar sebaik pesawat AirAsia X Airbus 330 mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin Binhai di China.

Ini kerana memandang ke luar tingkap pesawat, cuaca di sekitar lapangan terbang itu agak berkabus.

Melangkah ke balai ketibaan, cuaca sejuk semakin menyelubungi tubuh sambil diselang-seli dengan keadaan berangin yang nyaman.

Padahal, maklumat awal yang diperolehi di internet mengatakan Beijing sedang menghadapi musim panas.

Namun lama kelamaan, perjalanan dari Tianjin ke Beijing yang mengambil masa sekitar dua jam itu, suhu mula berubah menjadi sedikit panas tetapi masih dingin.

Sampai di Beijing, suhu cuaca yang membelenggu minda hilang secara tiba-tiba. Hati pantas terpesona dengan panorama indah ibu negara China itu apabila melihat kotanya yang bersih dan teratur.

Berita selanjutnya sila klik di sini.

Nota kaki : Bagi yang berminat ke Beijing bolehhlah baca info serba sedikit di sini. Jom jalan-jalan ke Beijing nak tak? hehehe

Sumber dari Utusan Online

No comments:

Post a Comment