Nuffnang

Thursday, September 30, 2010

TASEK KENYIR




Kuala Terengganu - Tasik Kenyir yang memiliki kira-kira 340 buah pulau bakal berubah wajah selepas Kementerian Kewangan meluluskan permohonan kerajaan negeri untuk menjadinya kawasan bebas cukai menjelang tahun 2012.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mengakui telah menerima surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan secara rasmi selepas empat bulan membuat permohonan.

Justeru katanya, Tasik Kenyir yang dikenali sebagai tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia akan dibangunkan sebagai sebuah kawasan baru lengkap dengan pelbagai kemudahan dan pembangunan.

“Ia termasuklah pembinaan kompleks bebas cukai, taman tema, premis kediaman dan rumah kedai membabitkan kos kira-kira RM100 juta,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini semalam.

Sumber Kosmo Online

2 comments:

  1. ni pon dah sampai, cam busan jer..... x tau nak wat per. kalu pemancing seronok ler... tp satu yg x bgs...mahal sgt...x pdn dgn kos yg kt kuar....hrp2 satu mase nanti berubah...

    ReplyDelete
  2. Ooooo..camtu ker? Kalau camtu kuranglaah pengunjung kesana...hi3

    ReplyDelete