Nuffnang

Wednesday, June 30, 2010

MELUKUT DI TEPIAN GANTANG

Erkkk..! Alhamdulilah selesai sudah kita berpuasa sunat Rejab untuk hari ni. Makanan kesemuanya sponsor. Kira hari dapur tidak berasap ya saudara/saudari...hehehe. Incik asben kita belikan kari kepala ikan. Mak oiiii! besonya kepala ikan dah macam kepala ikan jaws...hehehe. Jaws pun jossssssssss la janji boleh makan...hehehe. Tima kasih incik asben. Cukup-cukup la asyik belikan kari kepala ikan, kita dah mabuk dibuatnya. Tamoooo! Dah muak!


Manakala sambal tumis telur dan meehon di sumbangkan oleh PSZ Catering...hehehe. Hasil penat kawan-kawan kita yang gi fire drill. Actually kita sendiri tak sure la terlibat atau pun tak sebab emel tak boleh nak buka hari ni. Jadi ramai yang tak hadir untuk mengikuti taklimat tersebut. Peliknya masa makan ramai yang hadir bagaikan 'melukut di tepian gantang'....hahaha. Termasuklah kita dengan tupperwarenya....hehehe



Selesai je berbuka terus kita naik tingkaat atas untuk bersolat maghrib dan terus baca Surah Yassin. Ingat lepas ni nak baca buku. Takde moodlah nak menonton tv.

MALAYSIA TURUN SALJI



Uitssss! Gempaknya title kat atas tu...hehehe. Grrrr! Grrrr! Sejuknya bangunan ni. Kita gi tingkat bawah sejuk, atas sejuk dan atas lagi sejuk. Humm! sejuk yang terlampau. Bila dah terasa sejuk camni, terasa macam Malaysia ada turun salji...hehehe

Kita dah pakai stokin dan blazer lagi. Sejuk gak, tambah-tambah dengan keadaan kita berpuasa maka kurangnya pembakaran dalam badan. Bertambah-tambah sejuknya. Kita ni dah macam orang dalam pantang pun ada siap pakai stokin ke hulu ke hilir...hehehe. Dah bape hari kita berpantang ekkk? hehehe. Bersalin tapi tak nampak pun baby...hehehe

Memanglah kita tahu library kat mana-mana majoriti semuanya sejuk sebab nak jaga suhu bahan tapi tak boleh adjust ke suhunya. Sejuk! sejuk! tau. Kita takut ada kang lama-lama manusia pupus disebabkan kesejukan...hehehe. Pupus? Macam haiwan lak kita kata pupus. Ingat staf sini dinosour ker?..hehehe. Dinosour bolehlah kata pupus kan! Jahatlah kita ni..hehehe

Dah sejuk-sejuk camni, ada baiknya salji betul-betul turun kan bagus. Boleh kita main ski, baling-baling ais dan paling penting kita nak posing dengan ais...hehehe. Kena baling batu mau la kalau kat sini...hehehe. Ais kunun...hehehe. Banyaklah kita punya berangan salji turun kat Malaysia ni. Pegi kat Sunway Pyramid, Kuala Lumpur adalah ais...hehehe.

Satu keajaiban kalau salji turun tapi tak mustahilkan, kalau itu atas izinNya. Nauzubillah!

PUASA SUNAT REJAB


Hari ini kita berpuasa sunat bulan Rejab lagi. Tadi ada sorang Pustakawan, Cik Cumi mengajak kita breakfast sama tapi kita menolak dengan baik sebab berpuasa. Walaupun dapat mengikuti berpuasa sunat ini bermula 15 Rejab, actually kita tak perasan bulan Rejab dah tiba. Kalau dah Rejab makanya nak jumpa bulan Syaaban kemudian Ramadhan. Cepatnya masa berlalu untuk tahun 2010, makanya bertambah-tambah usia kita. Tua dah kita ekkk? hehehe

Kali ni tulisan blog kita macam ala-ala ustazah CT lak...hehehe. Hasil dari bacaan kebaikan bulan Rejab ni sukar kita nak gambarkan. Allahuakhbar! Bulan Rejab ni merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Rejab ni bermaksud keagungan, kebesaran dan kemuliaan. Kelebihan berpuasanya cukup menyedarkan kita :

Puasa 1 hari : Seperti berpuasa 40 tahun.

Puasa 2 hari : Mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan di lipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Alhamdulilah moga hari ni puasa kita sampai ke petang. Suami kita dah belikan kari kepala ikan kat cafe UTM tadi. Balik tinggal panaskan, goreng sayur dan masak nasi.

Ok cukuplah catatan dari ustazah CT untuk hari ni...hehehe. Ustazah ke? hehehe

PROJEK MAKALAH



Hari ke 2 kita menyiapkan projek makalah yang tersusun cantik atas meja. Actually bahan ni dah 2 minggu yang lepas di hantar oleh Mr. Barrack Mak! Ooooi, suka-suka je kita...hehehe. Nama bukan sebenar ya kawan-kawan...hehehe. Kita Susun kemas-kemas bagi nampak ensem dan cun sikit so bila nak buat rasa mood yang membuak-buak. Tengok dokumen untuk input dalam komputer pun macam seronok je...hehehe. Macam-macam la kita ni...hehehe

Yelah, betul apa. Kita yang nak buat keja so kita yang kena generate dengan baik. Kalau boleh minggu ini nak settlekan, hope takde apa-apa tugasan lain. Boleh ke?..hehehe. Sekarang ni kita rasa dah macam masa kita keja swasta dulu. Keja punyalah melambak-lambak. Kita takmo stress dengan beban keja so buatlah sesuatu yang kita rasakan 'kerja itu menyeronokkan'. Bukan kita kata tapi Dr. Fadzilah Khamsah yang kata...hehehe. Dia banyak membimbing kita masa kursus 2 hari di Puteri Pan Pacific Hotel tahun lepas. Alhamdulilah, tima kasih Datuk turunkan ilmu yang cukup baik untuk kita dan rakan-rakan di UTM.

Ini pun ada satu ikat lagi nak buat input ringkas dalam system Symphony. Kita dapat 100 artikel berserta running number. Bila ekk kita nak buat? Insyallah boleh, boleh, boleh! tak boleh pun kena kata boooooleh!...hehehe

Tuesday, June 29, 2010

INTERPREM

Pagi ni kita breakfast jus epal susu dan roti bakar. Memandangkan hari ni kita tak berpuasa sunat Rejab, kalau ikutkan hati nak puasa hari ni tapi memandangkan jabatan ada aktiviti Bicara Karya so petang ada jamuan pulak. Jadinya kita rehatlah ya..hehehe. Untuk diriku ingat-ingat petang nanti makan sikit je tau!..hehehe

Petang ni ada Bicara karya yang akan di sampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik), Prof Ir Azraie Kassim. Biasalah kita selaku jabatan yang terlibat dengan aktiviti tersebut so kena interprem la ya!...hehehe. Semalam kita dok menghias buku-buku yang di jadikan cenderahati kepada pengulas dan pengerusi dengan riben dan bunga. Dah jadi keja tetap kita lak...hehehe. Takpe itulah sumbangan yang kita dapat beri pada jabatan dan UTM. Dapat pahala jadilah. Alhamdulilah!

2 minggu lepas pun ketua jabatan Automasi dan Ketua Pustakawan berangkat ke Amerika Syarikat, kita gak yang menghias buku-buku sebagai buah tangan kesana. Suka sebab hasil kreativiti kita sampai Amerika Syarikat. Oyeaaaaaaa! hehehe

Hari ni program Bicara Karya bersama TNC(A), lusa Datuk Rais Yatim dan pertengahan bulan Julai ini Tun Mahathir bin Mohamad dan Prof Ungku Aziz. Jadi tak dorang datang ekkk?Tak sabar kita nak jumpa mantan Perdana Menteri Malaysia. Bagusnya kita ni selalu dapat berjumpa dengan orang-orang kebanyakkan dalam program-program yang di anjurkan oleh jabatan dan UTM. Dalam kita menjalankan tugas di pejabat kita banyak terlibat dengan aktiviti UTM. Kena cakap seronok berkerja, kan! kan! kak Joyah Spot! wakakaka..

Petang ni jam 2.00ptg kita dah kena bertugas di bilik seminar 3. Huh! Interprem lagi...hehehe

PONTIANAK HARUM SUNDAL PAGI

Salam buat semua blogger.

Aiyaaaak! Betul ke pagi-pagi ni kita berdepan dengan pontianak harum sundal pagi. Nak tergelak pun ada, ermm dot! dot! pun ada. Pikirlah yang positif dan yang baik-baik je, dia nak wat terapi minda gaknya...hehehe. Mamat betiga kat pejabat kita dok melayan lagi tambah hilaian mak Joyah Spot ni. Kita gelarlah makcik cleaner ni Joyah Spot ya...hehehe

Kita yang duduk kat meja ni pun sampai malu bila makcik Joyah Spot mengilai bertambah kuat. Macam nak menyorokkan muka kita dalam pc lak..hehehe. Ada sorang mamat depan meja kita ni siap ehem! ehem pun macam dah tak dengar..hehehe. Hilaian dia lagi kuat, memecah, jabatan kita pagi ni..hehehe

Paling lawaknya dalam mamat bertiga ni ada sorang tu siap sound, akak cukup-cukup ketawa tu, ada kang nanti rahang akak jammed..hahaha. Nak ketawa kita di buatnya.

Hantamlah Joyah Spot janji ko bahagia. Terapi minda katakan nak bagi ilang stress...hehehe. Hope Joyah Spot ubah sikap tak ketawa mengilai kuat-kuat bila datang nak cuci toilet. Malulah kita! Imej dan penampilan diri kena jaga jugakkan. Tak salah ketawa tapi berpada-pada.

Untuk Joyah Spot cuci toilet bersih sikit ya, biar sampai bling! bling! Boleh?...hehehe

Monday, June 28, 2010

LEMPENG KELAPA

Korang pernah makan lempeng kelapa? Zaman kanak-kanak arwah mak selalu buat lempeng kelapa yang menjadi santapan sarapan pagi kami sekeluarga. Lempeng ni makanan tradisi orang melayu, kalau anda melayu sejati mesti pernah makan lempeng...hehehe. Rasanya dah lebih dari 15 tahun kita tak buat lempeng kelapa ni. Minggu lepas ada gak makan dekat cafe Rumah Alumni, UTM tapi kelapa dia tak banyak macam kita buat sendiri. Sedaplah juga sebab dah terlalu lama sangat tak jumpa lempeng kelapa ni.

Sebenarnya lempeng ni ada macam-macam. Ada lempeng pisang, ada lempeng kosong dan macam-macam lagi la. Tapi lempeng kelapa & lempeng pisang la yang selalu arwah mak buat dulu. Zaman sekolah masa kecik-kecik bangun pagi kalu bau wangi je kat dapur, hummm! dah membuka selera untuk breakfast.

Tak payah macam sekarang dgn fast foodnya termasuklah segala jenis ball dan macam-macam lagi. Makan lempeng sedapkan? Tambah-tambah kita ni yang berpuasa untuk juadah berbuka. Terliur la..hehehe

Lempeng kelapa ni nak-nak cicah dengan kari ikan dan sambal tumis. Fuhh! Sedap tu...hehehe. Jadinya kita ni dah kepingin sangat nak makan lempeng kelapa. Balik ni tak boleh jadi kita nak singgah kedai runcit beli kelapa, tepung gandum, ikan, rempah kari dan lain-lain barang.

Kita nak berbuka dengan lempeng kelapa petang ni. Ok la, sesuai dengan diot kita gaknya..hehehe. Nak makan tak? Jom la datang rumah kita...hehehe
Puasa-puasa ni dah mula tekak kita merepek, dalam banyak-banyak makanan lempeng kelapa yang kita teringin..hehehe. Tak sabo nak balik buat nanti. Yihaaaaaaaa!

MOOD HARI ISNIN


Salam buat blogger semua. Pagi isnin yang memenatkan, silent mood pun ada. Rasa malas menguasai diri. No! no! noooooo...tak baikkan kita ni.

Iskkk! tak boleh! tak boleh! kita kena lawan semua tu. Keja kena buat dengan penuh amanah barulah gaji yang kita dapat berbaloi! baloi! untuk kegunaan kita sekeluarga.

Ari ni kita puasa sunat Rejab. Mudah-mudahan iman kita tak cair dengan godaan sekeliling...hehehe.

Sunday, June 27, 2010

JAM




Santik tak jam kita...hehehe. Jam ni kita order secara online dengan Haspina Sulaiman. Pina kita tolong promote ya, lepas ni kena bagi diskaun ssikit kat kita tau...hehehe

Sampai hari jumaat melalui pos laju, so kalau ikutkan ada duit balance sikit tapi dia gantikan dengan keychain. Cantik keychain tu. Jam tu kita dah bagi Aja, sesuai la dia pakaikan untuk remaja. Kita dah masuk kategori remaja senja so macam tak sesuai la...hehehe

Thanks alot Pina. Nanti akak order lagi. Tadi tengok purse baru lalu wall akak kat facebook santik-santik la. Macam berkenan je!

GERHANA BULAN

Pagi tadi tengok berita ramai orang Kuala Lumpur kecewa tidak dapat menyaksikan gerhana bulan. Di pahamkan cuaca kurang elok di Kuala Lumpur. Cian kat dorang.

Kita cukup bertuah malam tadi. Dalam perjalanan balik dari Selangor ke Johor Bahru melalui highway utara-selatan kami dapat menyaksikan kebesaran Allah Taala di depan mata sendiri.

Proses dari sedikit sehingga bulan penuh.
Masa tu dekat area Melaka-Pagoh. Sampai Pagoh bulan dah mula penuh. Tapi sayang la kita snap bila bulan dah hampir penuh masa tu di kawsan Pagoh. Tapi takpe la, yang penting kami dapat tengok secara realiti depan mata.

Subhanallah!

SEMALAM KE SELANGOR










Awal pagi sabtu kami bertolak ke Selangor untuk menghantar Aja balik ke universiti meneruskan pengajian. Biasalah kalau balik selepas cuti sem ni, penuh kereta dengan barang-barang. Macam pindah rumah di buatnya...hehehe Kalau ikut perancangan kali ini ingatkan bertiga tapi ada orang tak puas hatikan...kan..kan! Susah hati kalau nampak kami berjalan, wal hal cuti sekolah dah puas bawa makan angin, minum angin sampai buang-buang angin...hehehe. Dia tu duduk asrama leh kelentong warden cakap nak gi Kelas Pengajian Quran. Hummm! banyaklah Quran kamu ya dik! Tak pasal-pasal ibu ni terjebak buat surat. Tup! tup pagi jumaat calling-calling bagi tau dapat balik! Hah, terkezut kita. Tobat, tobat dah jangan buat lagi ibu takmo terjebak...hehehe.

Kami bertolak jam 8.00pg, lepas tu berhenti breakfast di Machap dalam 50 minit. Teruskan perjalanan dan sampai Selangor dalam pukul 1.00tgh. Sebelum ke universiti Aja kami makan tengahari di Sg Buloh.

Makan tengahari abang kita yang order. Order ayam golek sekor, sup campur, telur dadar, nasi kosong dan jus buah-buahan. Hancussssss! diot kita semalam. Terjebak dengan ayam golek. Oooo..kita tak bersalah, ayam golek yang goda kita tepi jalan tau! Posing-posing berasap lak tu. Mengoda tul...hehehe. Amik nasi separuh je tapi punyalah kenyang. Berbaloi-baloi makan kat sana compare dengan JB ni. Murah! Sampai kolej Aja, tolong kemas-kemas apa yang patut. Sorang je yang dah masuk itu pun budak cina. Dia keluar dengan family masa kami sampai. Bertolak ke Skudai dalam pukul 5.00ptg selepas mandi dan solat jamak di bilik Aja.

Sebelum balik tu sempat rakam gambar angsa yang sibuk meronda di tepi tasek universiti. Jinak-jinaknya, macam tau kami nak rakam gamba dia...hehehe

Friday, June 25, 2010

PAGI JUMAAT YANG INDAH

Salam pagi jumaat semua blogger. Sihat?

Oyeaaaaa! Alhamdulilah pagi ni gi keja dengan perasaan happy macam biasa la. Bila usia dah nak masuk senja ni...tuakah kita? ..hehehe. Tua! tua dah...hehehe, Kita nak mengumpul seberapa banyak kebaikan melalui orang sekeliling, kerjaya dan beraktiviti sebaik mungkin.

Kadang-kadang tanpa kita sedari tersilap kata, tersilap bicara, tersilap menaip blog dan gurauan yang tanpa di sedari. Maafkan kita ehhh! Kita pun manusia biasa. Kita lebih suka kalau orang menegur kesilapan yang tanpa kita sedari secara terbuka tetapi secara berhemah la ya! Di pagi jumaat ni moga Allah ampunkan segala kesilapan kita dan kawan-kawan semua. Insyallah.

Kita ada baca lagi buku La Tahzan, buku yang paling kita sayang sangat! sangat!. Kita banyak belajar dari buku tersebut. Terima kasih KP yang memperkenalkan buku tersebut pada saya 4 tahun yang lalu. Moga Allah membalas dengan seribu kebaikan untuknya.

Kita sekarang ni tengah belajar sebanyak mungkin nak improved perkara yang baik-baik. Maksud kita menerima perkara yang positif sahaja, negatif kita letak tepi. Moga Allah kabulkan permintaan kita. Amin.

Ok tinggalkan cite kat atas. Kita cite pasal diot hari ke 3...hehehe. Pagi ni kita amik kopi O tanpa gula dan 3 keping kuih. Cuba ehh. Boleh? Insyallah boleh...hehehe

Kita kena kuat semangat. Matlamat utama, bukan nak kurus tapi nak ada stamina dan fit macam dulu. Kita nak aktif beriadah macam dulu..

Thursday, June 24, 2010

EDISI DIOT HARI KEDUA






Hari kedua kita diot miot...hehehe. Ok tak kita diot? Kita bukanlah nak kurus macam artis tu tapi kita nak nampak fit dan ada stamina. Bila usia dah masuk 40an ni macam-macam penyakit boleh datang kalau tak boleh control pemakanan. Ceh! macam pakar lak kita ni...hehehe

Pagi tadi kuar breakfast dengan kak Engku macam biasa. Kita makan roti bakar dan milo panas. Kak Engku mintak menu yang serupa gak. Uitss! kak Engku diot jugak ke?..hehehe

Tengahari lak tiba-tiba sorang Pustakawan, Pn. Cumi offer diri nak belikan kita buah kat Jusco. Bessnya! kita kirim buah pelam separa masak. Makan dengan penuh perasaan sebab rasa rangup la. Krappp! krappp! Sedap tak? Nyummmm...hehehe


Petang tadi suami kita belikan kari kepala ikan. Apa lagi kita panaskan terus makan dengan roti 2 keping. Makan dengan Aja. Kenyang meratah kepala ikan. Dalam pukul 8.00mlm tadi kita naik atas timbang. Macam nak pitam, berat tak turun-turun jugak..hehehe. Cabaran tul, dah 4 hari gaknya kita tak sentuh nasi. Sabo! sabo! inilah namanya cabaran. Kita kena kuat semangatkan?

Bagilah cadangan kat kita. Cedey!! Badan kita gomoxx tau.

EDISI DIOT HARI PERTAMA

Semalam hari pertama kita memulakan diot...hehehe. Kekununnya la! Musnah dah diot miot kita petang semalam....hehehe. Pagi semalam kita kuar breakfast dengan Kak Engku. Kita amik sayur-sayuran, ayam goreng dan epal susu.

Tengahari minum nescafe tanpa gula. Apa rasanya? Telan aje la...hehehe. Tup! tup! petang Jabatan sebelah buat projek so ada makan mee goreng. Ada lebih banyak so mereka jemput jabatan kita ni makan. Kita pun menolak dengan cara yang baik 'maaf ya kenyanglah' Kita terus sambung buat keja yang perlu di hantar sebelum akhir bulan ni.

Malamnya sebelum maghrib kita makan laksa Penang. Aja yang mintak belikan laksa Penang ni. Jadi kita terliuq sangat beli sama.

Huh! makan lagi. Camna ni? Takpe ini cabaran hari pertama, kita kena kuat semangat...hehehe

Wednesday, June 23, 2010

CIK MINAH MELOTOP

Biasalah dengan rutin kita kat pejabat ni. Sebelum memulakan tugas di meja kita ronda-ronda. Bukan ronda-ronda Malaysia tau, kita ronda-ronda semua aras untuk memastikan komputer untuk kemudahan internet, tugasan dan Infolan2 berjalan dengan baik bagi kemudahan pengguna. Hah! camnilah kalau bekerja dalam bidang perpustakaan. Adalah dalam 1.30 jam pastu buatlah kerja hakiki di meja.

Di pendekkan cite pagi tadi kita nampaklah sorang hamba Allah ke hulu ke hilir mencari sesuatu. Keluar masuk library. Mak oiii! putih, gebu dan bermata galak. Melatoplah gitu. Agaknya dari Turki, cara dia bercakap ala-ala sana. Perbualan pertama kita pagi ni di mulakan dengan berbahasa inggeris. Camnilah kalau nak keja dekat library bahasa inggeris sikit-sikit mesti mau tau ya adik-adik! Kalau tak melopong jadinya...hehehe

Boleh kita gelar dia Cik Minah Melotop tak? Boleh? Nak memudahkan berceritalah. Kita peratikan Cik Minah Melotop ke hulu, ke hilir dengan muka nak nangis. Kita malaslah nak bertanya, macam kepoh lak. Tiba-tiba tengah kita tunduk ada orang say good morning kat kita. Ermmm...Cik Minah Melotop!

Hummm! Cik Minah Melotop tengah ada masalah sebab tertinggal hp petang semalam dalam library dekat area komputer internet. Sure kelam kabut bila library ding dong pukul 5.45ptg dia kelam kabut nak keluar. Tak tahulah sapa yang dah sapu Cik Minah Melotop punya hp. Rasa kesian pun ada kita tengok muka Cik Minah Melotop macam udang kena goreng campur cacing kepanasan pun ada...hehehe

Hope sapa yang terjumpa dapatlah pulangkan pada Cik Minah Melotop ya. Moral of the story jangan cuai dengan barang-barang berharga di tempat awam dan sikap amanah perlu sesama insan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Pulangkan kalau ada sesapa yang terjumpa.

Kesian kita tengok Cik Minah Melotop!

Tuesday, June 22, 2010

FANDI @ ATIQAH




Malam ni kita gi KFC dekat Jusco Taman Universiti dengan Aja. Kuar rumah dalam pukul 8.15mlm. Sampai Jusco terus menuju KFC bagi tujuan utama.

Sampai KFC agak lenggang, biasalah bulan gelap, esspecially orang gomen macam kita ni tengah 'kering'. Betul tak? hehehe. Tanpa beratur terus dah boleh buat pesanan. Biasalah ayat kita kalau kat kaunter KFC tu. Snake plate 2 set, 1 snake plate pack dan tambah chesee wages. Tapi kali kita berdiri macam nak ketawa besolah tapi control ayu jap. Aja dah cuit-cuit punggung kita. Jahat tul anak dara kita ni. Kita ni tergelak tengok gelagat budak kaunter tu, tag nama 'Fandi' tapi kawan-kawan dia panggil 'Atiqah'. Lagunya memang macam 'Atiqah'. Maaf ya nyah, kita cite dalam blog ni. Kira nyah glamer tau akak sudah kasi promot jugak. Auwwww! jangan maree...hehehe

Ada ke, dia amik 3-3 set semuanya dada dan peha. Wah! tambah gebu nyah! kita malam ni. Abis diet kita tau! Macam nak melotop perut kita makan malam ni. Kenyang sangat-sangat...hehehe

Selesai je makan, terus naik atas. Sibuk cuba kasut Pierre Cardin. Cantik la! Lepas tu round kat baju-baju. Last rabak juga poket, cair imanku...hehehe. Beli baju kita dan Aja sorang sepasang dan beg satu untuk travel.

SURAT BUAT MAK TEMAH

Assalamualaikum...

Buat mak Temah hope dia terbacalah blog kita ni ya. Hopefully dengan panggilan nama manjanya 'Mak Temah' ini di persetujuinya...muahaha. Cantikkan nama?...muahaha. Kalau mak Temah tak suka, pun kena suka ya mak Temah...hahaha

Nak di pendekkan cite kan..kan..kan! Kita tertanya-tanyalah kan, Nape ya Mak Temah tak bagi kita switch on lampu dalam surau. Wal hal jam dah menunjukkan pukul 1.10tgh. Memanglah kita ni tengah 'coti' tapi dah menjadi rutin kita kan..kan..kan mencuci muka tiap tengahari. Kalau muka ni tak cuci sure leh wat goreng ikan. Mak Temah nak makan tak ikan goreng kita? Nak? Grrrrrrr.....

Apa yang kita peliknya, Mak Temah tak bangun gak berwuduk malah terbaring rileks pastu bermsg-msg. Manyak cantikkkk oiiiiii Mak Temah. Ermmm! tu tempat beribadat kan...kan...kan. Sendiri mau ingatkan. Takkan nak terbaring dalam gelap, kita nampak bling! bling! je cahaya hp.

Lagi sound kita, tak bagi switch on lampu surau. Pikirlah sendiri takkan kita nak teraba-raba dalam gelap tu mak Temah. Guna otak siket ya! Grrrrr....nasiblah kita ni jenis bukan orang menjawab. Wat diam je sambil wat bodo..muahaha. Kalau orang lain dah lama kena sound. Terangkan sound system mak Temah nanti...hahaha

Pesanan akhir kita, moga mak Temah berbudi bahasa dan berfikir sebelum bertindak di lain waktu ya! Satu lagi tolonglah mak Temah jangan kibas-kibas kain batik dalam surau. Seram laaaaaaa....bertabur kang benda-benda yang tak sepatutnya...hahaha

Kerjasama dari mak Temah sangat-sangat di harapkan dan di sudahi dengan ucapan terima kasih ya mak Temah!


Yang benar,

JOYAH

BERAT BADAN DAN STAMINA



Berkongsi ilmu yang berfaedah untuk semua blogger.

Kita nak berkongsi masalah menentukan langkah untuk diet yang paling efektif untuk mendapatkan stamina serta menurunkan berat badan. Bab turunkan berat badan yang ideal dah lama menjadi impian. Iskkk! nak turun macam semut jalan lak....hehehe

Tapi bila tanya pada hati kecil ni, hati jawab orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh? Betul jugak. Nape ya kita tak boleh? Tak kuat semangat kan..kan..hehehe

Tambah-tambah dengan situasi di Jabatan baru ni. Petang-petang ada je yang offer makan tak gi join di hantarnya ke meja kita. Takkan nak buang tong sampah, tak baik pulak. Orang sekeliling lak salah...hehehe. No! no! kita yang bersalah...hehehe

Tengah bersemangat nak turunkan berat badan, bukanlah nak diet kurus sangat tapi tujuan utama kita nak sihat dan ada stamina yang baik untuk kesihatan diri. Tambah dengan faktor umur yang kian bertambah, dah masanya kita kena berubah. Menjaga kesihatan diri yang paling efektif.

Hope berkekalan perubahan ini. Kita sekarang lebih banyak buat riadah dan jaga pemakanan. Yelah orang sekeliling tak boleh mengubah diri kita kecuali kita sendiri yang mengubahnya. Betul tak?

Kalau boleh setiap petang nak gi gym tapi kalau tak sempat guna alat exercise yang dah jadi barang antik kat rumah tu. Beli dengan harga riban-riban pastu terbiar jadi tukun. Membazirkan?

Sunday, June 20, 2010

TASEK TROPIKET














Salam buat semua blogger.

Memandangkan kita ni suka sangat outdoor so sempat kita gi beriadah di sebuah tasek. Apa ekk nama tasek ni? Ok lah kita bagi nama 'Tasek Tropiket' boleh tak? Bolehhh...hehehe

Cantik view tasek ni kalau pandai snap gambar. Yelah kita bukan orang fotografi main hentam kromo je la. Kira cantik la kan..kan...hehehe. Puji diri sendiri nampak? hehehe

Kita dok snap gambo orang last gambo sendiri takde...hehehe. Padan dengan muka aku...hehehe

Apa pun jangan search ya Tasek Tropiket ni, sure tak jumpa. Kita je yang tau...hehehe