Nuffnang

Friday, March 18, 2011

PERCUTIAN BATAM, INDONESIA 5


Pemandangan dari bahagian belakang hotel Pacific Palace

Pemandangan dari bahagian hadapan hotel Pacific Palace

Selepas puas berjalan di shopping kompleks Matahari kami menaiki teksi ke Hotel Pacific Palace yang terletak di Sei Jodoh. Tambang teksi memang agak tinggi kalau kita tak bijak mengira matawang asing. Dari Matahari ke Pacific Palace Hotel harga dalam IDR 50,000.00.

Sampai di hotel kami terus di sambut oleh penyambut tetamu yang sudah menunggu kami di lobi. Kami di hidangkan dengan jus oren terlebih dahulu, barulah mendaftarkan diri. Sepatutnya kami check in dalam pukul 2.00ptg tapi pihak pengurusan membenarkan kami masuk awal sejam. Kami menginap di bilik Cabin Room dengan harga IDR 562,000.00.

Cantik tak hotel yang kami sewa, sungguh unik sebab berbentuk kapal. Macam cerita Titanic gitu...hehehe. Kita suka sangat tengok rekabentuk dalam dan luar hotel ini, cukup unik.

Apa yang kita nampak Pacifif Palace hotel ini sentiasa di penuhi pengunjung, mungkin dari segi kemudahan, harga serta layanan yang cukup memuaskan hati setiap pelanggan yang menginap di sini.

Thank you Pacific Palace Hotel...:)

2 comments:

  1. Wah..!!! mati2 ingat pegi naik kapal keliling pulau....rupanya hotel....bagus2...

    ReplyDelete
  2. Fadli Amir : Hehehe..trylah kesana...mmg best!

    ReplyDelete