Nuffnang

Thursday, April 28, 2011

CIK PONTI KE?


Last week kita booking rumah Persekutuan Bukit Fraser untuk penginapan bulan Disember 2011. Itu pun yang kosong hanya tinggal tarikh akhir tahun, semuanya dah full booked. Bukan apa, rumah Persekutuan ini hanya untuk kakitangan kerajaan sahaja yang boleh menginap. Kita pilih bilik besar banglo untuk 3H 2M disana.

Kita memang excited sangat nak kesana bersama keluarga memandangkan tempat peranginan itu cukup cantik, sejuk, tenang dan damai. Kita ni jenis yang suka tempat yang perfect place for bird watcher.

Ingat esok atau lusa nak buat money order untuk bayaran penginapan. Baru kejap kita search dalam internet about rumah Persekutuan Bukit Fraser, kita baca dari seorang blogger pengalaman dia menginap disana. Nampaknya tiada apa-apa terjadi tapi biar betik! Nak pegi tak, nak pegi tak. Meremang bulu mak! hehehe

Blogger tu snap gambar adik dia dekat wakaf waktu pagi, bila tengok gambar adik dia ada 2 imej. Rambut adik dia biasa je tapi dalam gambar rambutnya mengerbang dan atas kepala ada tanduk. Tak tipu kita tengok blog dia baru kejap tadi. Aiseh! Itu cik ponti ke? Serrrrrammm wooo!

Insyallah tak ada apa-apa kot. Arwah mak kita selalu berpesan, kalau kita tak ganggu orang, insyallah orang tak ganggu kita.

2 comments:

  1. InshaAllah takde ape2 kak.

    Selagi kita x buat hal, tidak cakap mengarut2, menjaga adab kita menumpang di tempat 'mereka', memang takkan jadi apa-apa.

    walaupun saya dah tersnap entiti itu, tp rasa nak pegi lagi. saya suka Fraser Hill.

    ReplyDelete
  2. MasZuber : Maseh bagi komen blog akk...yup akak mesti kesana, sukalah tempat sejuk2...:)

    ReplyDelete