Nuffnang

Friday, April 8, 2011

KEBAIKAN MEMAKAN EPAL HIJAU


Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih2 lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

pal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksik dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

2 comments:

  1. dulu masa mula2 nak turunkan berat, memang makan tiap2 hari..tapi lama2 muak...mungkin cara nak makan yg sama...

    ReplyDelete
  2. Fadzli Amir : Akak mmg mengamalkan setiap hari...x kisahlah mkn cmtu atau buat jus...

    ReplyDelete