Nuffnang

Saturday, April 16, 2011

KEMPEN SENYUM


2 minggu lepas kita terima emel pekeliling dari MAMPU tentang Kempen Senyum. Senyum paksa ke? hehehe. Ala bukan susahkan nak senyum, baby baru keluar perut ibu pun dah pandai senyum...ngeee.

Kalau yang berkerja di sektor awam, senyuman merupakan permulaan bagi mewujudkan hubungan yang positif di antara penjawat awam dan pelanggan di dalam memberikan perkhidmatan. Ia boleh menyampaikan mesej kemesraan dan keceriaan. Amalan senyum semasa menyampaikan perkhidmatan bertujuan untuk memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan memberi kepuasan dan kesan positif yang mendalam kepada pelanggan. Hah! baca ni...hehehe

Bagus apa, senyum ini satu terapi minda. Bagi kitalah...hehehe. Mudahkan nak cari pahala, cuba pahami kata-kata ini. Senyum itu satu sedekah!

No comments:

Post a Comment