Nuffnang

Sunday, April 3, 2011

MAKAN-MAKAN : NASI KETUK


Ingin menikmati hidangan panas, tetapi cuma sebilangan kecil restoran menawarkan menu ala carte pada tengah hari, apatah lagi pada waktu pagi. Biasanya menu ala carte cuma boleh dipesan mulai jam 3 petang.

Kalau itu memang kelazimannya, tidak banyak pilihan yang ada, sama ada anda makan nasi campur atau berlapar seketika dan anjakkan waktu makan ke waktu petang untuk menikmati hidangan panas berasap yang baru beralih daripada kuali ke pinggan.

Berlainan di Mindaria Cafe & Caterer (Mindaria), pelanggan boleh memesan menu ala carte pada bila-bila masa biarpun jam baru menunjukkan 11 pagi mahupun ketika panas matahari mulai memanah kulit.

Pengurus restoran, Hery Ilyas berkata, restoran dibuka dua bulan lalu menawarkan menu ala carte bagi memenuhi permintaan pelanggan yang kebanyakannya di kakitangan pejabat sekitar kawasan itu.

Walaupun menu nasi campur tersaji pada hari biasa, menu ala carte disediakan kerana menyedari kehendak pelanggan yang inginkan hidangan baru dimasak untuk makan tengah hari.

menikmati hidangan panas, tetapi cuma sebilangan kecil restoran menawarkan menu ala carte pada tengah hari, apatah lagi pada waktu pagi. Biasanya menu ala carte cuma boleh dipesan mulai jam 3 petang.

Kalau itu memang kelazimannya, tidak banyak pilihan yang ada, sama ada anda makan nasi campur atau berlapar seketika dan anjakkan waktu makan ke waktu petang untuk menikmati hidangan panas berasap yang baru beralih daripada kuali ke pinggan.

Berlainan di Mindaria Cafe & Caterer (Mindaria), pelanggan boleh memesan menu ala carte pada bila-bila masa biarpun jam baru menunjukkan 11 pagi mahupun ketika panas matahari mulai memanah kulit.

Pengurus restoran, Hery Ilyas berkata, restoran dibuka dua bulan lalu menawarkan menu ala carte bagi memenuhi permintaan pelanggan yang kebanyakannya di kakitangan pejabat sekitar kawasan itu.

Walaupun menu nasi campur tersaji pada hari biasa, menu ala carte disediakan kerana menyedari kehendak pelanggan yang inginkan hidangan baru dimasak untuk makan tengahari.

Menurutnya, restoran milik Laili Atiah Abd Aziz itu menawarkan aneka hidangan kegemaran pelanggan selain terkenal dengan masakan pedas yang kini turut digemari kaum Cina.

Bagi kaki makan, anda boleh mencuba resipi terbaru yang tidak boleh didapati di restoran lain, sebaliknya cuma di Mindaria iaitu nasi ketuk.

Nasi ketuk iaitu nasi marjerin bawang goreng dengan ayam atau daging bakar, sup, tempe goreng berempah, tauhu goreng dan salad pasti menambat selera.

Untuk menikmatinya, perahkan limau kasturi pada ayam atau daging bakar, manakala tempe dan tauhu dicicah dengan tiga jenis sambal iaitu sambal merah, sambal hijau dan sambal cili padi.

“Ketika resipi ini dicipta, ia belum mempunyai nama lalu kami namakan menu istimewa itu nasi ketuk kerana ayam atau daging bakar diketuk ketika penyediaannya. Walaupun ringkas, ia dijamin sedap,” katanya.

Nasi ketuk ditawarkan pada setiap Jumaat dan Sabtu dari jam 7.30 pagi hingga 8 malam. Jika ada permintaan, ia akan disediakan setiap hari.

Sementara itu, dua lagi resipi tersendiri Mindaria ialah nasi goreng istimewa Mindaria mengandungi udang goreng bersalut tepung dan telur mata kerbau dan nasi goreng Hawaii ialah nasi dengan lauk berkuah pedas mengandungi udang, sotong dan nanas. Rasanya pedas, masam dan manis.

Pelanggan juga boleh memesan menu lain seperti nasi goreng cili pagi, nasi ayam selain mi, bihun dan kuetiau dan tomyam.

“Mindaria turut mengambil tempahan katering. Selain itu, kami mempelbagaikan menu dengan menu baru seperti ‘western kampung’. Ia masakan Barat yang disesuaikan dengan selera masyarakat kita,” katanya.

Terkenal dengan minuman ais kisar, restoran ini menawarkan harga daripada RM4 hingga RM4.50 iaitu ais kisar vanila, coklat, capucino, ‘blue ice’, mocha, latte, vanila coklat dan coklat fretto.

Sumber : Hmetro

1 comment: