Nuffnang

Tuesday, April 26, 2011

NASI GORENG TOMYAM


Satu untuk incik asben, dan...

....satu untuk kita!

Petang tadi kita buat nasi goreng tomyam. Secara kebetulan selesai masak hujan pun turun dengan lebatnya. Memang encemlah, perut memang tengah lapar. Kita makanlah dengan beriya. Memang ngam!

Tak susah pun masak nasi goreng tomyam ni. Senang cakap inilah masakan orang malas, tumis-tumis dan campak-campak dah boleh ngap...hehehe. Kalau nak resepinya kita tulis dekat bawah ya.

NASI GORENG TOMYAM
(Untuk 2 orang makan)

Bahan-bahannya :

2 mangkuk sup sederhana nasi putih
2 kiub perencah tomyam
1/2 karot di potong dadu
8 ekor udang
4 batang kacang panjang di potong kecil-kecil
6 biji ciliapi
2 batang serai hiris nipis-nipis
3 daun limau purut hiris septi bunga rampai
3 biji bawang putih
Serbuk perasa dan garam

Caranya :

Tumbuk ciliapi dan bawang putih sehingga lumat kemudian tumiskan bahan yang sudah di tumbuk sehingga agak sedikit kekuningan. Masukkan udang, karot, serai, daun limau purut dan kiub tomyam. Bila udang hampir masak, masukkan nasi dan kacau sehingga rata. Akhir sekali masukkan kacang panjang kacau dan matikan api.

Mudahkan, kalau nak lagi banyak sayur-sayuran boleh tambah lagi seperti kita buat tomyam. Daging dan ayam juga boleh digunakan sekiranya tidak makan udang. Nasi ini juga boleh dimakan dengan ulam-ulaman.

No comments:

Post a Comment