Nuffnang

Sunday, May 15, 2011

ABAHKU RAJIN


Tinjau lagi hasil tanaman abah kita, tengok rajin tak dia. Huh! Tanam lada dalam polybag. Abah kita ni walaupun usia dah mencecah 70 tahun tapi masih sihat, boleh memandu selatan-utara, berkerja lagilah jangan cakap. Kalah orang seusia kita. Alhamdulilah, Allah beri dia kesihatan yang baik tanpa ada apa-apa penyakit.

Abah kita orang yang tak tahu duduk diam, ada je aktiviti yang dia nak lakukan, bercucuk tanam keliling rumah itu perkara biasa. Kalau sayur-sayuran memang dia jarang beli, semua hasil tanamannya. Setiap kali kita balik ada je perubahan hasil tanamannya yang silih berganti.

Kita punya kudrat pun tak sehebat dia, memang rajin.

No comments:

Post a Comment