Nuffnang

Thursday, May 5, 2011

AIR TAPAI


Sekarang ini cuaca agak panas. Secara kebetulan incik asben kita belikan tapai ubi. Wah! sedap kalau pekena air tapai. Air tapai? Mabuk tak, haram tak dan bukan ke macam tuak dan sebagainya.

Masa kita nak buat tu anak dara kita ada di rumah sempena cuti Hari Pekerja. Kita pun cakaplah kat dia nak buat air tapai. Dia dengan muka terkejut badak. apa air tapai? Nanti ibu mabuk...hehehe.

Kita pun terangkan air tapai ni bukan yang seperti orang buat tuak dan sebagainya. Ini air tapai marbles...hehehe

Caranya mudah je. Siat-siatkan tapai yang sedang elok untuk di makan. Campurkan air kosong dan letakkan gula pasir ikut citarasa masing-masing. Kacau kemudian masukkan dalam fride. Bila dah sejuk minum. Memang sedap tambah-tambah dalam cuaca panas seperti sekarang ini.

No comments:

Post a Comment