Nuffnang

Tuesday, May 10, 2011

ALLAH PINJAMKAN SEKETIKA

Sudah sekian lama kita bergelak tawa, sudah sekian lama mata ini kering kontang tanpa setitis pun air mata mengalir. Ber syukur padaNya kerana masih lagi diberi kelembutan hati untuk mengalirkan air mata ini yang makin hari makin kekeringan, makin hari makin dilupai bagaimanakah rasanya menangis. Terima kasih ya Tuhan kerana masih mengambil berat tentang hati ini.

Aku sememangnya selalu menagih kasih dan sayang Mu ya Allah, bimbinglah aku ke jalan yang lebih sempurna. Berilah kekuatan serta petunjuk untukku menjaga dan melaksanakan amanah ini dengan sebaik-baiknya.

Anak-anakku itu anugerah kepada setiap ibu dan bapa. Anugerah yang tiada tandingannya. Bukan wang ringgit, bukan intan permata. Bukan segala-galanya. Anugerah yang teramat istimewa. Ia adalah amanah darimu kepadaku sebagai seorang ibu, status yang telah Engkau mandatkan tanggal 26 Mac 1991 yang lalu. Apakan tidak, nikmat yang sudah aku nantikan, doa ku dimakbulkan oleh Mu ya Tuhan.

Muhasabah diri perlu ku lakukan setiap masa agar aku tidak lalai, tidak lupa akan amanah yang telah Kau berikan. Akan kita corakkan "kain putih" yang Kau berikan itu dengan sebaik-baik lukisan, sebaik-baik warna agar mendapat rahmat dan redhaMu ya Tuhan.

4 comments:

  1. Amin..nice entry.. insyaAllah.. doa selalu untuk rahmat Nya..

    ReplyDelete
  2. aeshcame " Tima kasih ya....

    ReplyDelete
  3. Salam CT..,

    Semuga Allah berikan kita peluang untuk memohon keampunannya....Insyaallah....aaminnn....

    ReplyDelete