Nuffnang

Tuesday, May 3, 2011

BAGAIMANA OSAMA DIBUNUH?


Helikopter jenis MH60 yang sudah diubah suai, mendarat dalam gelap ketika operasi anti-keganasan yang paling penting dalam sejarah Amerika Syarikat. Ini adalah operasi yang diketegorikan ‘amat sulit’, hanya beberapa orang pegawai tentera terpilih sahaja tahu misi apakah itu.

Lokasi merupakan kompleks rumah teras tiga tingkat (gambar) di kawasan sederhana mewah di sebuah bandar berjarak dua jam perjalanan dari Islamabad, Pakistan. Sasarannya manusia paling diburu di muka bumi Osama bin Laden.

Kisahnya bermula bila pegawai perisikan Amerika mendapat tahu mengenai kawasan tersebut pada Ogos tahun lalu, ketika mereka menjejaki seorang kurier kepercayaan Osama Bin Laden.

Sebelum itu, CIA telah memburu kurier tersebut selama bertahun-tahun lamanya, hasil soal-siasat dari puluhan tahanan Al Qaeda yang ditangkap Amerika, CIA membuat kesimpulan kurier tersebut –identitinya masih rahsia- merupakan orang kepercayaan dan berkemungkinan besar tinggal bersama dengan pengasas dan pemimpin Al Qaeda itu.

Siapa sangka, kawasan persembunyian Osama adalah di sebuah kejiranan sederhana mewah, yang di dikelilingi oleh tembok setinggi 18 kaki, dan bumbungnya mempunyai kawat berduri.

Dua pintu keselamatan yang dikawal ketat satu-satunya cara untuk masuk ke rumah teres tingkat tigayang terlindung pula oleh dinding tujuh kaki.

Tidak ada talian telefon atau kabel Internet di kawasan tersebut. Bahkan untuk melupuskan sampah sekalipun, penduduk di kejiranan tersebut membakarnya, bukan dikutip seperti layaknya bila tinggal di kawasan sederhana mewah seperti itu di Pakistan.

RUMAH DIBINA SEJAK 5 TAHUN LALU

Pegawai perisikan percaya bahawa kawasan tersebut yang bernilai jutaan dolar dibina enam tahun yang lalu untuk melindungi seorang tokoh pengganas besar. Pertanyaannya adalah, siapa membinanya?

Sejak Ogos lalu, CIA menyemak maklumat mereka berkali-kali untuk memastikan siapakah tokoh pengganas yang tinggal di sebalik tembok tersebut. Sehinggalah mereka akhirnya membuat kesimpulan bahawa hampir pasti ia merupakan tempat persembunyian Osama.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sudah membuat kenyataan berhubung operasi Ahad malam itu.

Sumber perisikan yang dipetik agensi berita AP memberitahu, sejak pertengahan Februari, pegawai kanan perisikan Amerika tahu bahawa Obama memberikan perhatian yang serius mengenai operasi ini.

Selama dua bulan setengah, Obama mengetuai sendiri lima mesyuarat Majlis Keselamatan Kebangsaan hanya tertumpu pada isu apakah Osama bin Laden di kompleks itu dan, jika benar, bagaimana untuk ‘mendapatkan’ dia, kata pegawai itu.

Biasanya, Amerika akan berkerjasama dengan sekutunya di British, Kanada, Australia dan lain-lain negara. Tapi untuk misi ini, ia bersendirian, bahkan tanpa kerjasama agensi perisikan Pakistan. Operasi ini terlalu penting dan terlalu rahsia. Pada 29 April, Obama meluluskan operasi untuk membunuh Osama bin Laden.

PASUKAN RAHSIA DIBAWAH ARAHAN PRESIDEN

Ia adalah misi yang diperlukan ketepatan analisis, semua aset canggih dan terbaru Amerika tertumpu untuk operasi ini. Sebuah unit khas dari tentera elit Amerika Navy SEAL Pasukan Enam dikenalpasti dan diletakkan dibawah arahan harian Pengarah CIA Leon Panetta, yang memantau rumah teres tiga tingkat itu dari jauh.

Ia bukan pasukan biasa, tugasnya sama sekali rahsia, dan hampir tiada publisiti mengenai kegiatan pasukan yang dibentuk sejak kejadian serangan pengganas 11 September 2001 itu.

Dilengkapi alat canggih, pasukan ini biasanya beroperasi dari pengkalan mereka di timur Afganistan. Di kalangan tentera elit Amerika, pasukan ini punya gelaran tersendiri iaitu DevGru. Mereka menerima arahan langsung dari Presiden Amerika dan beroperasi di seluruh dunia.

Panetta langsung memimpin pasukan, seorang pegawai Amerika berkata, bilik mesyuaratnya berubah menjadi pusat operasi.

Keterangan lanjut mengenai bagaimana misi tersebut dilaksanakan masih samar. Tetapi kurier Al-Qaeda itu, saudaranya serta anak Osama sendiri antara yang terkorban. Keseluruhannya 22 orang yang terbunuh atau ditangkap dalam operasi selama 40 minit itu. Tiada ‘mangsa’ di kalangan tentera Amerika.

Tentera elit Amerika itu sebelum ini sudah berlatih -puluhan kali- serangan tersebut di sebuah kawasan seluas satu ekar yang dibangunkan serupa dengan teres tiga tingkat Osama sejak Febuari lalu. Waktu itu perisikan Amerika sudah pasti bahawa Osama dan keluarganya berlindung di rumah tersebut.

Sumber ketenteraan hanya mengatakan bahawa Osama "melawan." Dan ditembak di kepala- di sisi kiri wajahnya. Mayat beliau dibawa pulang oleh tentera Amerika dan 'kononnya' dikebumikan di laut (malam itu juga) mengikut cara dan tradisi Islam.

Katanya, di malam minggu, di pejabat CIA di Virginia ketika Panetta dan pasukannya menerima berita bahawa Osama sudah mati. Mereka bersorak dan saling mengucapkan tahniah antara satu dengan lain.

Sumber : AP/National Jurnal

No comments:

Post a Comment