Nuffnang

Sunday, May 22, 2011

CARA BETUL BERSIH DEBU

Ruang kediaman yang berdebu mengundang rasa tidak selesa di kalangan penghuni dan tetamu.

Tidak kira berapa kerap anda membersihkan kediaman, masalah debu ada kalanya meresahkan.

Debu terdiri daripada pelbagai partikel halus termasuk fabrik, sel kulit dan debunga.

Ia boleh menyebabkan alahan kepada individu yang sensitif.

Bukan sekadar membersihkan debu, malah anda digalakkan supaya menggilap perabot supaya sentiasa tampil berseri.

Kekerapan membersihkan ruang kediaman boleh menghalang pengumpulan debu.

Peralatan membersihkan debu:

Bulu ayam tradisional kerana ia lebih lembut, mudah menghilangkan debu daripada permukaan perabot.

Selain itu, ia sesuai digunakan untuk membersihkan perhiasan yang mahal dan sensitif seperti kaca.

Bagaimanapun, kebanyakan debu yang disapu mudah jatuh ke permukaan lain
dan ia perlu dibersihkan semula.

Pembersih debu statik juga antara yang dicadangkan dan cari pembersih debu yang dibuat daripada nilon dengan pemegang yang boleh diregang (dipanjangkan).

Ia membantu memudahkan anda membersihkan debu yang terkumpul di tempat tinggi.

Seterusnya pembersih debu tradisional terbaik adalah kain kapas atau kain kemeja- T.

Semburkan sedikit air pada permukaan yang hendak dibersihkan bagi menghalang debu daripada berterbangan.

Gunakan vakum jika ada ahli keluarga alah debu.

Cara berkesan membersih debu:

Lap semua permukaan yang susah dicapai dan tangga dengan kain lembap.

Disebabkan debu ringan, mulakan proses pembersihan di tempat yang tinggi (atas) ke tempat rendah (bawah).

Tepuk bantal, kusyen dan hamparan di luar rumah.

Jangan lupa bersihkan panel rumah, alang tingkap atau bucu pintu.

Gunakan alat pengering rambut untuk membersihkan habuk jambangan bunga kering.

Menggilap:

Permukaan kayu. Menggilap pasti membuat permukaan kayu tampak lebih berseri dan tahan lama.

Elak menggunakan semburan pengilap berasaskan silikon atau damar akrilik pada perabot antik kerana ia membuat permukaannya tampak kusam.

Langkah menggilap perabot menggunakan minyak kayu tidak digalakkan.

Sebaliknya lap perabot de–ngan kain lembut yang disapu sedikit minyak kayu dua kali setahun.

Lap atau gilap permukaan kayu mengikut ira kayu.

Bagi jubin, elak menggunakan sebarang bahan pengilap pada jubin.

Ia hanya perlu dibersihkan dengan kain lembap, bilas dan lap kering.

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment