Nuffnang

Friday, May 27, 2011

ESOK

Sumber : Incik Google

Salam pagi jumaat moga schedule entry kita malam ini akan keluar jam 8.30 pagi esok. Saling berpesan antara kita. Macam mana agaknya keadaan kita esok bila kita mati? Mampu tak kita jawab soalan malaikat nanti ?

Selepas kematian mak, kita banyak memikirkan tentang kematian, kita takut untuk melakukan dosa, selalu pesan dengan anak-anak biar kita tak cantik paras rupa tapi cantik hati dan mulia di sisiNya.

Kalau kita renung kembali ramai di sekeliling kita ramai yang telah 'pergi' tanpa mengira usia namun manusia mudah alpa, lalai dengan keseronokan dunia. Kita selalu ingatkan diri sendiri dan terima hakikat yang kita ini bila-bila masa Allah akan jemput kembali ke alam mati, tak kira usia, tua atau muda, bila dah sampai masa, kita akan dijemputNya.

Memang benar, jika kita rajin bermuhasabah sedemikian, akan timbul rasa takut, rasa penuh pengharapan pada Tuhan supaya kita tergolong dalam golongan orang yang beriman. Kadang-kadang terpikir adakah solat itu mungkin solat kita yang terakhir hari ini.

Moga entry kita kali ini sekadar ingat mengingati sesama insan yang kerdil ini.

No comments:

Post a Comment