Nuffnang

Monday, May 9, 2011

HAPPY BIRTHDAY ABAH


Hari ini 9 Mei 2011 hari lahir abah kita yang ke 70 tahun. Alhamdulilah berganjak lagi usia abah kita. Kita berbangga masih ada abah dalam melewati usia 45 tahun. Allah beri abah kesihatan yang cukup baik, masih cergas untuk berjalan, memandu, membaca dan pelbagai aktiviti.

Keluar dari pejabat tadi terus kita ke Jusco untuk membeli hadiah untuk abah yang kita rasakan sesuai. Tiada apa hadiah yang special sekadar belikan abah jam tangan POLO. Malam esok kita hendak meraikan hari lahir abah di rumah adik. Memandangkan yang lain tinggal jauh so kami dua beradik meraikannya.

Insyallah bulan Jun kami 6 beradik akan berkumpul untuk meraikan hari lahir abah. Kita ditugaskan untuk mencari tempat yang agak selesa untuk semua keluarga berkumpul.


Masa call abah petang tadi, kita tak boleh cakap lama. Sedih! Moga abah diberi kesihatan yang baik. Terima kasih abah selalu di hati kita.


No comments:

Post a Comment