Nuffnang

Monday, May 2, 2011

ISTERI PERLU MAINKAN PERANAN

Isteri boleh memainkan peranan bagi memajukan pelancongan tempatan dengan mengalakkan keluarga bercuti di dalam negara, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata golongan isteri boleh mendorong suami dan keluarga mereka untuk kerap bercuti di dalam negara.

Rosmah berkata demikian semasa merasmikan Pesta Negeri Perak di Menara Kuala Lumpur malam ini, yang berlangsung sejak Khamis hingga Ahad depan bagi memperkenalkan kebudayaan, kesenian, permainan dan masakan tradisional serta pelbagai produk negeri itu.

Katanya, bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu, strategi dan promosi yang lebih kreatif perlu dilaksanakan.

Beliau turut menyarankan penggiat industri agar menggunakan keunikan penduduk dan budaya berbilang kaum di negara ini untuk menarik kehadiran pelancong tempatan dan luar negara.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment