Nuffnang

Wednesday, May 4, 2011

KEKASIH TUA BUNUH SISWAZAH

Baru kejap kita baca paper harian metro online. Pengajaran yang patut di contohi bersama. Kesan dan akibatnya kalau lakukan sesuatu perkara tanpa pikir panjang. Cuba baca dekat bawah.

Akibat menolak lamaran untuk berkahwin, seorang siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, maut ditikam teman lelakinya dalam tragedi berdarah di sebuah rumah di Taman Mahkota, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Ratna Sufizzahriyyanti Omar, 23, meninggal dunia di tempat kejadian apabila ditikam berkali-kali di badan, dada dan tangan dengan sebilah pisau oleh kekasihnya yang berusia 50-an.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Gurun, berkunjung ke rumah sewa suspek dipercayai untuk memutuskan hubungan mereka yang terjalin sejak enam tahun lalu.

Permintaan mangsa itu menyebabkan mereka bertengkar sehingga mendorong suspek mengambil pisau di dapur dan menikam mangsa berkali-kali.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di bandar raya ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment