Nuffnang

Monday, May 16, 2011

KESERASIAN ANTARA PASANGAN


Orang cakap jangan terlalu mencari kesempurnaan, kerana yang sempurna itu belum tentu boleh menjanjikan kebahagiaan. Ada juga yang cakap Allah tak bagi apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Terlalu subjektif kan? Apa yang penting dalam sesebuah hubungan adalah keserasian, di mana pasangan boleh saling mempercayai, boleh saling bertolak ansur, dan masing-masing boleh berlaku jujur, memahami antara satu sama lain.

Tidak bosan

Keserasian antara pasangan katanya tidak pernah merasa bosan. Pasti ada perkara yang ingin dikongsi, dan dicerita. Bukannya bercakap banyak tapi macam tin kosong dan kadangkala ada pula lima minit seterusnya terus terkedu, tidak tahu apa yang ingin dibicarakan.

Jujur

Kejujuran memang antara elemen penting dalam sesebuah hubungan. Jujur itu bagaimana ya? Dalam erti kata lain, jujur ni adalah bercakap benar atau juga berterus terang. Kalau ada yang tidak menyenangkan, jangan pendamkan saja. Tapi kita perlu ingat, jika sepanjang hubungan tu, kita ada menipu atau tidak jujur dengan pasangan, maknanya adalah yang tak kena dengan hubungan. Secara tidak langsungnya, keserasian itu juga perlu dilihat dari kejujuran pasangan.

Saling memahami

Selain dari kejujuran, keserasian pasangan juga boleh dilihat melalui sifat saling memahami antara pasangan. Bila kita tahu, pasangan kita boleh menenangkan kita di saat kita tengah berduka. Malah, saling memahami ini juga perlu dilihat apabila pasangan kita dapat membaca apa yang kita rasa, dan juga memahami sesuatu yang tersirat.


No comments:

Post a Comment