Nuffnang

Sunday, May 22, 2011

KUIH KERIA


Hai, haiiiiiiiiii salam untuk semua.

Biasalah kalau cuti-cuti hujung minggukan, rugi rasanya kalau tak menggunakan airtangan sendiri untuk membuat juadah makanan seisi keluarga.

Kita ni bukan pandai sangat bab memasak main bubuh sana, bubuh sini janji sedap dimakan sudah. Kita tengok keledek tergolek-golek, apa lagi buatlah kuih keria. Dah lama sangat tak buat kuih keria ni.

Kuih keria ni kita buat minggu lepas, dapat anak bujang kita bawa balik asrama dan bakinya hantar rumah adik. Mudah nak buat kuih keria ni, resepinya dekat bawah ya.

KUIH KERIA

Bahan-bahannya :

Ubi keledek - 2 biji sederhana besar
Tepung gandum - 2 cawan
Gula pasir - 1 cawan
Air - 1.5 cawan
Minyak masak - 2 cawan

Caranya :

Ubi keledek dikupas kulitnya potong 2 kemudian rebus bersama garam. Bila ubi keledek sudah empuk buang airnya kemudian lenyek sehingga lembut. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh.

Bentukkan seperti kuih keria yang anda lihat, sekiranya melekit taburkan sedikit tepung gandum di tapak tangan bagi memudahkan membentuk.

Selesai membentuk kesemuanya, panaskan minyak dan goreng sehingga warna perang. Biarkan ketepi dahulu

Untuk membuat gula siranya, panaskan gula bercampur air. Kacau sehingga pekat, pastikan sehingga buih-buih dan nampak pekat kemudian masukkan kuih keria yang sudah di goreng. Gaul-gaulkan sehingga gula pekat dan melekat pada kuih keria tersebut sehingga nampak gula berwarna putih.

Mudahkan, selamat mencuba.

2 comments:

  1. salam.
    kuih keria?
    bentuk sama macam kuih 'gelang'.
    lebih sedap agaknya sebab guna keledek.

    nak cubaaa.
    TQ

    ReplyDelete
  2. Admin P@P : wslm, hah, cmtulah lebih kurang...cuma ni sedap sikitlah guna keledek...try la...mudah je nk buat..

    ReplyDelete