Nuffnang

Monday, May 16, 2011

POLIGAMI BUKAN SATU GALAKAN

Kita terbaca kisah Salih Yaakob berpoligami dalam 2 hari ni, mungkin ramai wanita yang mencebik bibir dan sebagainya. Bagi lelaki yang benar-benar berkemampuan memang layak itu pun atas sebab agamanya.

Kena ingat tujuan utama berpoligami adalah agama bukannya nafsu, di ulangi bukan kerana nafsu. Kita bukan kata Salih Yaakob tak betul dan sebagainya tapi kita sebagai penonton hanya melihat dari sudut luaran tapi yang tahu dalaman adalah isteri-isterinya. Bukankah, isteri itu perlu menutup aib rumahtangganya sendiri kecuali atas sebab-sebab tertentu.

Mana mungkin ada orang nak bercerita 100% tentang rumahtangganya. Kita lihat juga pic isteri-isterinya, Kita juga boleh menilai pic isterinya yang ke 3. Bagaimana, cuba tanya Salih Yaakob dia sanggup tak tengok anak perempuannya berkahwin dengan lelaki seusia dengannya?

Sebagai ibu mungkin kita mengatakan tidak pada anak gadis kita sendiri bila berdepan situasi seperti yang berlaku pada bakal isteri ke 4, Salih Yaakob. Mana mungkin ibubapa membenarkan situasi ini berlaku pada anak yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. Apapun depends pada diri masing-masing, tepuk dada tanya selera.

Kita baca artikel dari hasil komen Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz, orang yang tinggi agamanya menulis artikel tentang POLIGAMI BUKAN SATU GALAKAN.

Penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz berkata, poligami bukan satu galakan dan lelaki yang ingin berbuat demikian mesti membuktikan dia layak dan berkemampuan menyara semua isteri dan anak serta mempunyai tujuan baik iaitu bukan untuk menganiaya isteri.

“Saya bersetuju poligami ada dalam Islam iaitu boleh berkahwin dua, tiga atau empat. Bagaimanapun, ada sebab mengharuskan seseorang itu bernikah lebih daripada satu.

“Antaranya apabila isteri jatuh sakit dan tidak mampu memenuhi tanggungjawab sebagai isteri. Suami dibenarkan berkahwin bagi mengelak dia melakukan perkara dilarang di sisi Islam.

“Sebab lain tidak mendapat zuriat walaupun sudah lama berkahwin. Lelaki dibenarkan berpoligami untuk membela nasib wanita yang menjadi janda kerana suami terbunuh ketika berperang (contoh zaman sekarang janda anak ramai yang dhaif hidupnya) dan poligami dibolehkan bagi lelaki yang mempunyai nafsu luar biasa,” katanya.

Menurutnya, niat Salih Yakob mencukupkan kuota berkahwin empat bukan menggambarkan semua lelaki boleh melakukannya, tetapi perlu melihat sama ada mereka benar-benar layak dan menepati syarat berpoligami ditetapkan Islam.

Mengenai kenyataan bahawa isteri yang membenarkan suami berkahwin lagi akan mendapat payung emas di syurga, beliau berkata, ia hanya kata-kata sedap mulut.

Sumber : Hmetro

2 comments:

  1. aduh kat CT...jangan sebut sebutlah berbadi ni

    ReplyDelete
  2. PG : Bukan kita memandai tulis tp kita petik dari hmetro semalam ya...grrrr

    ReplyDelete