Nuffnang

Wednesday, May 11, 2011

SELAMAT HARI LAHIR ABAH




Malam tadi buat majlis kecil-kecilan besday abah dan anak buah kita, Ika dirumah adik secara kecil-kecilan. Biar kecil mana pun tapi sudah buat hati kecil kita puas. Inilah satu-satunya insan istimewa dalam diri kita, tanpa dia siapalah kita sehingga tahap sekarang.

Selamat hari lahir abah yang ke 70 tahun, moga abah diberi kesihatan yang baik, murah rezeki selalu serta dipanjangkan usia hendakNya. Biarpun sekadar hadiah jam tangan yang tidak seberapa harganya tapi rasa cinta, kasih sayang dan ikatan ukhwah cukup kuat antara kami.

Terima kasih abah kerana selalu dihati anak abah ini, walaupun dalam rasa suka dan duka abah sentiasa menjadi penawar duka ini. Terima kasih abah moga Allah sahaja yang dapat membalas segalaNya.

2 comments:

  1. Best kan kalu dapat buat insan yg kita sayang tersenyum..

    ReplyDelete
  2. Fadzli Amir : Yup...akk akan bpuashati wpun pberian tu tlalu murah buat dia tapi bmakna bagi akk...

    ReplyDelete