Nuffnang

Saturday, May 21, 2011

SEORANG PENJAGA TERTIMBUS DISELAMATKAN

Seorang lagi mangsa tertimbus merupakan penjaga rumah Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di sini, berjaya diselamatkan pihak berkuasa.

Lelaki yang diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh itu berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6.30 petang tadi dengan mengalami kecederaan sebelum terus dihantar ke klinik berdekatan untuk rawatan.

Sehingga kini, seramai 14 orang mangsa tertimbus masih belum dapat dikeluarkan membabitkan 11 penghuni serta tiga lagi penjaga.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang turut berada di tempat kejadian memberitahu media bahawa tapak kejadian masih berlaku pergerakan tanah dan dikhuatiri berbahaya kepada orang awam.

Kerja menyelamat pada malam ini juga terpaksa menggunakan lampu limpah dengan kuasa generator berikutan ketiadaan bekalan elektrik.

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment