Nuffnang

Tuesday, May 17, 2011

SUSPEK ALIM, MESRA DENGAN JIRAN

Ermmm...inilah orang yang pandai main wayang pada masyarakat. Lakonannya yang hebat menghabui ahli keluarga dan masyarakat tapi sampai bila? Mungkin dia hebat di mata keluarga dan masyarakat tapi Allah nampak setiap perbuatannya. Sampai bila?

Bapa kepada empat anak yang menyamun stesen minyak di Bandar Baru Permas Jaya di sini, Sabtu lalu, menggunakan parang dikatakan seorang yang alim serta mesra dengan rakan dan jiran.

Malah, lelaki berusia 49 tahun itu sering membawa anak dan isterinya solat berjemaah dan mendengar kuliah setiap malam Jumaat di sebuah surau berhampiran rumah mereka di Taman Permas Jaya.

Jemaah surau, Farid Talibin, 32, berkata, dia sering melihat suspek yang mesra dengan panggilan ‘Haji’ datang menunaikan solat berjemaah di surau di kawasan itu.

Dia mendakwa hanya menyedari tindakan luar dugaan lelaki itu selepas membaca laporan akhbar dan tidak menyangka suspek sanggup bertindak demikian.

“Saya baru beberapa bulan berpindah ke sini dan bukan rakan karib lelaki terbabit, namun dari raut wajah dan perwatakan lembutnya, saya memang tidak menyangka dia bertindak demikian.

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment