Nuffnang

Friday, August 19, 2011

MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA



Kadang2 kesibukan dan kekang masa untuk kita semua terlibat dengan aktiviti2 kemasyarakatan terlupa seketika. Namun, dengan izin-Nya, misi lama seperti tahun2 yang sudah untuk kerumah anak yatim Johor Bahru mesti kita lakukan untuk tahun ini sebelum hari raya bermula.

Namun, Rumah Barkat akan setiasa keramat, kerana di situ adalah tempat kita akan beroleh ganjaran untuk berlaku baik kepada anak-anak yatim.




Mengapa kita benar-benar gembira untuk mereka? Ia adalah kerana mereka telah melakukan suatu perubahan positif yang penting di mana kita mampu mengutip butir2 pahala untuk bekalan akhirat nanti. Insyallah.

Semoga mereka semua berjaya dalam kehidupan mereka, juga di akhirat, dan semoga Allah bersama-sama mereka.



Sekadar berkongsi dari hasil pembacaan dari seseorang yang bertanyakan soalan kepada anak yatim.

Soalan

Pernah dahulu aku bertanya kepada anak-anak yatim di Rumah Barkat: apakah pengalaman manis yang tidak dapat mereka lupakan? Mulanya, aku menjangkakan jawapan-jawapan yang tipikal daripada mereka; seperti mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan atau menjadi johan dalam acara sukan dll.

Jawapan

Kemudian, salah seorang daripada mereka menjawab: iaitu waktu ketika dia bertemu ibu kemudian keluar bersiar-siar dan makan bersama ibu di bandar. "Itu sahaja? Itu pengalaman manis yang dia tidak dapat lupakan?" Detik hati aku, terkejut.

Sedihkan? Kita buang2 makanan, kalau tak nak makan senang je cakap tak sedap tapi mereka? Kita nak tulis pun agak sensitif perkara ini namun sekadar nasihat menasihati marilah kita sama2 ringankan beban hulurlah dari segi kewangan mahupun berbentuk barangan kerumah anak2 yatim.

Kita percaya Allah lipat gandakan rezeki bila mendekati anak2 yatim. Bagi kita rezeki yang Allah beri biarlah sedikit kita kongsi bersamanya, tak rugi pun.

Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment