Nuffnang

Wednesday, August 24, 2011

ORKID



Kita cuti sakit hari ini. Semalam pun masuk pejabat dalam 2 jam sahaja, terus ke Pusat Kesihatan UTM sebab demam, selsema dan batuk. Untuk sekian lamanya sejak malam tadi asthma attack balik sebab selsema dan batuk.

Pagi tadi kita dah ke klinik Penawar untuk mendapatkan rawatan nebulizer. Lega sikit, kalau tak macam tak cukup udara nak bernafas. Doakan kita cepat sembuh, rumah ni pun belum buat apa2 persiapan raya. Alhamdulilah keperluan anak2 dah siapkan awal2 lagi. Bagi kita nak menyambut raya atau segalanya, rumah ini tetap macam biasa. Kita tetap mengemas rumah sebab suka rumah kelihatan kemas sentiasa dengan barang2 tersusun rapi. Ishhh! Panjang kita berceloteh :)





Cantik tak bunga2 orkid di atas dan bawah tu? Bunga2 ini hasil peninggalan arwah mak kita 5 tahun lalu. Masa mak kita ada dulu dia seorang pecinta orkid, kemana pergi pameran dan kedai2 orkid mesti ada spesis orkid yang dibelinya.

Dia tak kira mahal ataupun murah mesti dibelinya. Sejak mak tak ada, abahlah mengambil alih segala tugasannya. Alhamdulilah, abah tak biarkan begitu sahaja. apa yang kita nampak cinta abah kepada mak sampai kebarang2 peribadi mak. Susahkan nak dapat lelaki macam abah kita. Kata orang setianya sampai ke mati.

Lebih puluhan spesis orkid terdapat dirumah abah antaranya tiger orchid, butterfly orchid daan sebagainya. Pokok2 orkid di tempatkan di sebuah pondok khas dan galeri kereta.





Nampaknya bila nak raya ini banyak juga pokok2 orkid ini mengeluarkan bunga pelbagai warna dan rupa. Masa arwah mak ada, kitalah orangnya paling rajin melayan dia untuk membeli pokok2 orkid.

Pantang ada spesis baru mesti kita bagi tau kat dia. Sampaikan taukeh ladang orkid yang terletak di Senai kenal mak kita. Dah jadi regular customer dia katakan. Mak selalu dapat diskaun harga dengan taukeh tu.





Memang tak dinafikan orkid merupakan hobi mewah. Tak percaya cuba tanya sepasu orkid berapa harganya. Orang yang benar2 minat dan sanggup melabur kewangan sahaja sanggup menanam orkid.

Penjagaan orkid ini tak berapa susah, paling utama air dan baja yang cukup juga rumah untuk di tempatkan pokok2 orkid tersebut. Mestilah rumah yang redup dan lembap.

Banyak pokok2 orkid ini kita dah beri pada kawan2 di pejabat dan kenalan abah. Sekurang2nya kita panjangkan pahala mak pada orang lain.



4 comments:

  1. cantik orkid2 neh.

    senang juge nak jaga sebanrnye

    ReplyDelete
  2. MasZuber : Aah..mmg cantik...senang tapi kena rajin sikitlah..mcm kita mbela kucinglah..perlu makanan yg baik2 dan penjagaan yg rapi baru mghasilkan kucing yg sihat dan gomox...hihihui

    ReplyDelete
  3. Boleh saya tau.. Ladang orkid di senai tu area mana ya. Boleh kongsikan lokasi tak??? Atau no telefon tauke ladang tersebut

    ReplyDelete
  4. Boleh saya tau.. Ladang orkid di senai tu area mana ya. Boleh kongsikan lokasi tak??? Atau no telefon tauke ladang tersebut

    ReplyDelete