Nuffnang

Thursday, August 25, 2011

SENI UKIRAN



Sejenis ukiran yang sempat kita rakamkan dari perabut di rumah abah baru2 ini. Sekadar suka2 untuk koleksi sendiri.

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Itu perumpamaan yang paling tepat apabila kita bercakap mengenai seni ukiran kayu.

Jika pada zaman dahulu seni ukiran kayu hanya menghiasi rumah-rumah di kampung dan istana, hari ini senarionya berbeza apabila ia semakin mendapat sambutan dalam kalangan penduduk di bandar dan luar negara.

Masyarakat kini lebih suka memilih kelengkapan rumah yang dihasilkan daripada kayu yang diukir, malah ada yang mengambil keputusan membina rumah yang diperbuat daripada kayu walaupun hidup di bandar, dikelilingi hutan batu.




Perubahan selera masyarakat kini terhadap seni ukiran kayu menjadikan seni itu semakin mendapat tempat di pasaran.

Pelbagai jenis kayu digunakan untuk menghasilkan seni ukiran kayu yang berkualiti tinggi. Antaranya merbau, jati, jelutong, cengal dan banyak lagi. Kebanyakan reka bentuk sesuatu seni ukiran itu pula dipengaruhi motif alam semula jadi iaitu flora dan fauna.



Namun, seiring dengan peredaran zaman dan bagi memenuhi selera moden pelanggan, ramai pengusaha memasukkan elemen moden dalam ukiran mereka tanpa terikat dengan ukiran bermotif tradisional.

Antara hasil karya seni ukir kayu yang mendapat sambutan ramai ialah pintu gerbang, panel dan skrin dinding, sesiku keluang, pintu laman, kepala katil, pagar musang, sisir angin, alat permainan seperti congkak, perabot, katil, kerusi, meja, hiasan rumah dan banyak lagi.


No comments:

Post a Comment