Nuffnang

Wednesday, February 29, 2012

BAHAGIAKAN PASANGAN



Sejauah manakah suami kita boleh membahagiakan isteri? Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat. Namun, bukan semua perkahwinan yang dibina akan membawa kebahagiaan betul tak? Ada yang sekadar menghabui mata masyarakat dan dalam rumahtangganya, itu cukup mengecewakan. Hasil maklumat yang kita baca dan dikalangan isteri impikan..

Sentiasa luangkan masa untuk bersama dengan pasangan walaupun sesibuk mana sekali pun. Semakin anda luangkan masa bersama, semakin bahagia rumahtangga bermakna tidak kesunyian pasangan masing2.

Jangan suka terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada pasangan anda kerana ia memberi tekanan kepada pasangan secara tidak langsung. Jangan suka berjanji untuk membawanya kesana sini tetapi tidak dilaksanakan, hanya sekadar cakap2 kosong.

Sentiasa berhubungan secara fizikal dengan pasangan ditakuti anda akan rasa jauh antara satu sama lain. Tidak kiralah call, sms, emel dan sebagainya.

Sentiasa adakan perbincangan dengan pasangan anda mengenai semua hal termasuklah hal – hal yang kecil. Buang ego tinggi melangit jika anda ingin ada komunikasi yang baik dengan pasangan.

Sentiasa ubah perangai untuk jadi lebih baik. Dugaan semakin sukar mengikut tempoh masa berkahwin. Jika tidak semakin matangkan diri, akan goyang rumahtangga. Pergaulan perlu ada batas2nya.

Sentiasa hargai pasangan seperti memberi hadiah kepada dia. Walaupun hadiah tersebut mungkin tidak mahal, sekadar gula2 sebji ia pasti akan menerbitkan perasaan gembira di hati pasangan. Namun, bukan semua penghargaan perlu diberi dalam bentuk hadiah, bawalah bersiar-siar dan jangan suruh pasangan dalam apa jual hal buat bersendirian.

Kepada yang beragama Islam, ajaran Islam jangan ditinggalkan dan untuk yang beragama lain juga begitu. Walaupun membaca sejuta tip, tanpa KESETIAAN pada pasangan pasti segala yang dibina akan musnah dan kehilangan segalanya dalam sekelip mata dan sukar untuk mengecapi kebahagiaan yang setiap orang idamkan.

No comments:

Post a Comment