Nuffnang

Saturday, February 18, 2012

TAMBAHAN KUOTA TABUNG HAJI


Moga impian kali ke 2 kita tercapai. Insyallah


Baru-baru ini, sempat kita bersembang dengan seorang hamba Allah yang baru kembali dari haji untuk tahun 2011. Alhamdulilah hajah dah dia. Di maklumkan olehnya jumlah yang menunggu sekarang ini untuk menunaikan haji adalah seramai 500,000 orang. Ya Allah! Ramainya. Sedangkan kuota untuk rakyat Malaysia yang ditetapkan oleh Arab Saudi untuk ke sana setahun adalah 25,000 jemaah. Mana nak menyelit, itu bukan satu alasan untuk beribadah. Percaya dengan rezeki Allah.

Oleh itu mana-mana individu yang baru sahaja mendaftar di Tabung Haji untuk menunaikan ibadah ini melalui Muassasah perlu menunggu selama 20 tahun. Insyallah pandailah Tabung Haji buat penyusunan tu nanti, jangan kata "tak dapatlah aku merasa menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah". Itu doa yang kurang elok. Doa yang baik2 insyallah ada rezekinya.

Option yang diberi oleh Lembaga Tabung Haji ialah gunakan pakej jika ingin tunaikan haji pada tahun hadapan tanpa sebarang saringan. Untuk mengerjakan Pakej Haji, harganya RM19,000.00. Dengar je jumlah yang sebegitu mesti ramai yang mengeluh, jangan ya. Niat untuk beribadat. Kita percaya hasil simpanan berdikit2 itulah yang diberkati Allah.

Kita berharap Tabung Haji perlu memikirkan hanya mereka yang pertama kali hendak menjejakkan kaki Ke Tanah Suci sahaja perlu dibenarkan melalui Muassasah. Individu yang dah pergi haji dan ingin pergi lagi buat kali yang kedua hendaklah melalui pakej. Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang belum pernah lagi menunaikan Fardhu Haji dapat menunaikan Rukun Islam yang Kelima ini.

Mudah2an doa kita setiap waktu tercapai untuk menjejakkan kaki untuk kali kedua bersama orang yang tersayang. Moga ada jalan kembali kepangkal jalan bagi mereka yang lalai dengan larangan Allah. Amin.

Ramai yang mengharapkan kuota di tambah, Cuba baca kat sini


4 comments:

  1. Amin...semoga doa kak CT dimakbulkan Allah.

    Giliran saya thn 2024 nanti, insya-Allah...tapi sentiasa berharap dapat pergi lebih awal...amin...

    ReplyDelete
  2. Insyallah...mudah2an alah makbulka impian kita ...amin

    ReplyDelete
  3. giliran saya 2046...ayooooharap2 masih kuat tk menapak...tapi saya percaya Allah akan memberi saya saya peluang yg lebih baik....amin juga tk kak ha...moga2 dipermudahkan...

    ReplyDelete
  4. ita@cherul : amin insyallah...itu impian umatNya yg sentiasa ingat padaNya....

    ReplyDelete