Nuffnang

Wednesday, January 30, 2013

Semalam Di Kota Kinabalu

Selamat malam semua, Alhamdulilah saya masih diberi peluang untuk menaip entri seperti biasa. 




Mulakan tulisan malam ini dengan percutian bagi pembukaan tahun 2013 di Sabah bah...hihihi. Pembelian tiket flight Mac 2012 dan baru sekarang saya fly bersama pak incik dan adik. Destinasi pilihan saya adalah negeri Sabah sebagai pembuka percutian bagi tahun 2013.




Tempat sasaran pertamanya adalah masjid negeri Sabah dan makan tengahari. 








Sabar ya, saya kena bercerita mengikut satu persatu daerah yag telah saya jelajah. Puas betul perjalanan kali ini sebab saya ada seorang adik yang menetap disana jadinya dialah merangkap tourist guide saya sewaktu di sana. Terima kasih Opik, I luv u! hohoho






Mulakan perjalanan dari Johor Bahru terbang ke Kota Kinabalu. Sampai di airport disambut oleh adik kita, terus checkin hotel di tengah bandaraya KK yang betul2 mengadap pasar Philiphine dan di seberang sana mengadap Pulau Gaya dan Pulau Mabul. Memang cantik view di hadapan hotel penginapan kami. 








Masuk hotel dalam 1 jam kemudian melihat kesibukan pasar Philiphine dengan para pengunjung dan peniaga yang riuh...huhuhu. Adalah serba sedikit saya beli buah tangan untuk orang Semenanjung.








Sempat singgah di Universiti Malaysia Sabah untuk melihat keunikan underwater di Fakulti of Marine. Memang best! Sempat jugalah abadi gambar2 sebagai kenangan di UMS.

Singgah di masjid terapung di KK untuk melihat keunikan masjid tersebut yang dipenuhi air disekelilingnya. Bila tengok masjid ini teringat semasa mengerjakan umrah tahun 2006.








Kemudian naik ke menara Kinabalu untuk menikmati keindahan bandaraya KK dari menara. Wow! Sangat cantik tambah lagi kalau pandang kearah pulau2 yang berhampiran dan kapal2 yang sedang belayar. 








Sebelum masuk hotel sempat makan buah Tarap buat pertama kalinya. Saya banyak kali nampak buah ini bila mengoogle, secara kebetulan terpandang terus beli. Fuhhh! Sedap tul buah Tarap nih. Adik saya yang menetap di Sabah pun baru 1st time merasa buah ini.












Sebelah malamnya berjalan2 sambil menikmati makanan laut di tepi pantai. Dapat saya merasa pure marine collagen yang fresh di sana. Macam2 menu yang kami ambil tapi tersangat murah harganya kalau nak dibandingkan dengan harga Semenanjung. Syukur Alhamdulilah rezeki!

Keesokan paginya selepas breakfast terus memulakan perjalanan ke Tamparuli dan Tuaran. Insyallah saya sambung dalam entri akan datang. Sabar bah!...kikiki


4 comments:

  1. wak pon sukak amek gambo sunset kalo gi KK jugakk..,ahHHKs

    ReplyDelete
    Replies
    1. seropalah kita...rugi rasanya kalau bjalan x amik gambo...;0

      Delete
  2. Buah Tarap tu famili cempedak nangka kah? Rasa apa? Lemak? Manis?

    Wahh PMC yang murah. Wahh borong sakan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah tarap tu rasanya manis x selemak cempedak tp sedaplah...aa nak pmc ke...bagi alamat...;0

      Delete