Nuffnang

Tuesday, February 26, 2013

Minggu Paling Sibuk

Alhamdulilah, Selamat malam kepada semua pembaca blog saya. Seminggu saya tidak bersiaran. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi meluangkan masa untuk melayari blog yang agak sunyi tanpa berpenghuni hampir seminggu lamanya.



Terharu! Bila saya lihat visitor tracking mencecah 220 hari ini sehingga kini dan yang sedang melayari ada 6 orang. Subhanallah, ramai juga yang sudi membaca blog ini walaupun tanpa entri baru. Terima kasih sekali lagi sudi melayari blog saya.

Sejak kebelakangan ini saya agak sibuk dengan tugas rasmi hingga ke malam kemudian sambung dengan aktiviti sukarela UTM di Dewan Sultan Iskandar. 

Keduanya, ketiadaan suami dirumah membuatkan saya agak sibuk sedikit untuk melayan kucing2 kami dan menguruskan segala urusan rumah. Sungguh, tidak akan pernah saya lupakan apa yang dilakukkannya setiap hari, dan saya akan sentiasa berusaha melakukan tanggungjawab saya sebagai isterinya dengan menjaga apa yang dia suka. Amanah yang ditinggalkan dia dengan sebaiknya. Mood sedih pulak...huhuhu

Manakala hari sabtu dan ahad tiada konsep untuk cuti, sambil bertugas dan menimba ilmu dari mereka2 yang mahir dalm ilmuwan Islam.

Terima kasih Allah kerana memberi peluang dan rezeki untuk saya mendengar perkongsian ilmu dari ustaz Don, Imam Muda Asraf, Bro Shah Kirit, Hafiz Hamidun. Subhanlallah biar pun mereka muda tapi kaya dengan ilmu.  

Dengan ilmu yang saya terima dapat kiranya saya berdikit2 menerapkan ilmu yang ada. Biar pun hidup tidak semewah mana tapi memadai saya menjadi menjadi seorang  ibu yang turut serta menikmati Syurga bersama-sama. Insyallah. 

♥ Cinta Allah dan Rasul


2 comments: