Nuffnang

Sunday, September 21, 2014

Kerja Itu Satu Ibadah

Alhamdulilah dengan nikmat syukur apa yang aku dapat hari ini. Ada keluarga, kerjaya dan sokongan dari orang sekeliling. Itu yang penting sekali.

Yah! Aku dapat arahan bertugas di tempat baru bermakna aku kena berpindah ya tak? Aku sekarang di tempatkan di Bangunan Zarith Sofiah. Dah bertugas pun dalam 2 minggu. Cantik tak bangunan tempat aku bertugas. Mintak di puji pulak...hahaha








Hari nih aku macam nak bagi tazkirah sikit, korang pun tahukan aku nih ustazah...hahaha. Boleh muntah hijau tak baca statement aku nih...hahaha. Ishhh! Gurau2 ya, petang2 nih mengantuk so korang layankan je bila aku merapu...hahaha

Sebenarnya ada orang datang ke pejabat dengan penuh gembira dan bersemangat, ada juga yang datang dengan rasa biasa dan ada yang datang dengan rasa serba tak kena. Pernah tak korang rasa camtu?

Aku ingat lagi kata-kata dan nasihat Dato Dr. Fadzilah Khamsah, mereka yang datang ke pejabat dengan perasaan biasa maka hasilnya biasa2 dan bagi yang penuh gembira dan bersemangat maka hasilnya sangat luar biasa serta mengembirakan orang sekeliling.







Ada juga orang datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab sekadar 'datang berkerja'  tapi hasilnya seperti 'tidak hadir berkerja'. Jadinya datanglah ke pejabat dengan rasa ikhlas, jujur dan amanah. 

Bukannya nampak 'busy' rupanya 'kelamkabut', nampak 'prihatin' tapi 'busy body' dan nampak macam 'open minded atau  out spoken tapi 'kurang pengajaran'. Tidak di nafikan memang ada orang sebegitu.

Kepentingan sikap amanah ini dalam kehidupan kita untuk menjadi orang mukmin yang baik. Jelas terbukti Islam menjadikan usaha dan menjalankan pekerjaan sebagai satu tuntutan keagamaan, bermakna iannya satu amanah.

Kesimpulannya kita boleh katakan budaya kerja dalam Islam mempunyai kaitan yang rapat dengan semangat pengabdian manusia yang sepenuhnya kepada Pencipta iaitu Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment