Nuffnang

Thursday, October 7, 2010

AUMMMM!

Kejap lagi kita dah nak bertolak ke HSA, sementara menunggu incik asben sempat kita posting entry. Biasalah baik nak ketempat kerja dan sebagainya kita ni jadi penunggu setia, menunggu incik asben yang macam anak dara bersiap. Ntah apa yang dia bersiap kita pun tak paham, rupa macam tu gak...hehehe. Biar dia baca blog ni, sengeh sorang-sorang...hahaha. Nah amik baca...hehehe

Ada antara dua pekara kita ke HSA samaada buat appoinment atau direct terus jumpa doktor. Biasalah prosedur kerajaan, tak kutuk ya tapi itulah realitinya. Gluppp!

Kalau terus dapat jumpa doktor, alhamdulilah tak payah kita nak menunggu paling kurang sebulan lagi. Ini pun doktor UTM bagi bekalan ubat untuk stok seminggu. Ubat yang kita amik ni terkawal so boleh dapat di HSA dan UTM sahaja.


Tapi...tapi...tapi kita macam agak pagi ini datang buat appoinment je...hehehe. Kita yang tak tahan satu je, tulang-tulang kita dah rasa retak seribu. Memang sakit yang amat sangat, hanya Allah yang tahu. Realitinya orang yang tengok kita sihat namun sebaliknya. Kita tak suka kata diri kita ni sakit. Noooooo!

Selagi kita boleh berjalan kita akan jalan, selagi kita boleh merangkak kita akan merangkak, selagi kita boleh berpaut kita akan paut, selagi jari kita boleh di gerak kita akan gerakkan dan selagi mata kita boleh berkelip kita akan kelipkan tapi kalau itu yang DIA mahukan kita tak mampu melawan...

Kita nak jadi sekuat HARIMAU yang boleh aummmm!!!

No comments:

Post a Comment