Nuffnang

Wednesday, December 22, 2010

AURA ZEN MODEN


Jom kawan-kawan kita cuci mata dari tengok perkara yang tak berfaedah. Wah! Cantiknya dekorasi rumah dekat atas. Kita suka sangat sentuhan kreativiti yang di buat. Simple tapi cukup menarik. Nak tahu lebih lanjut cuba baca di bawah.

Selepas tujuh tahun berteman gaya Bali, tiba masanya bagi Joe Ng, bertukar angin kepada hiasan dalaman lebih memukau rasa dan menepati kriteria pelan lantai moden kondominium eksklusif yang didudukinya setahun lalu.

Menyifatkan tata hias Bali sudah melewati ‘tarikh luput’ di samping gagal menyaingi aliran gaya semasa, peralihan ke tema penataan moden kontemporari bagi Joe, keputusan wajar kerana menawarkan suasana damai, sistematik lagi terancang.

“Saya sudah jenuh dengan hiasan rumah Bali dan kini, seiring peningkatan usia, saya menginginkan suasana kediaman menyamankan mata dan minda pula. Dulu, saya selesa dengan ruang sarat hiasan tetapi kini saya mengaku sangat taksub dengan rekaan perabot dan perhiasan petak sementara bagi warna, gandingan hitam, putih dan coklat cukup menambat selera,” kata Penolong Pengurus syarikat telekomunikasi terkemuka ini, sambil memaklumkan 99 peratus kelengkapan rumahnya dibeli beberapa bulan sebelum berpindah masuk ke rumah yang terletak di kawasan perumahan eksklusif di ibu negara.

Bersandarkan keluasan lantai 1,636 kaki persegi, Joe berpendapat segenap ruang kondominium itu wajar dimanfaatkan sebaik mungkin. Justeru, pengubahsuaian bertumpu pemasangan kabinet dapur unit dasar serta gantung, kaunter sarapan dan ruang persalinan yang dilengkapi kabinet siap dibina mengambil sebahagian bilik tidur utama. Landskap Zen diterapkan di laluan berdinding kaca menghala bilik tidur manakala kesemua tiga dinding bilik airnya dikemaskan dengan jubin besar.

Meskipun pengubahsuaian kira-kira tiga bulan itu menjejaskan rutin hariannya, namun dipandang dari sudut positif, Joe lega kerana tempoh itu memberinya peluang mengenali ruang, merancang pembentukan konsep seterusnya mencari perabot serta aksesori menepati gaya ditetapkan.

“Sebaik meneliti pelan lantai yang menawarkan kawasan berdinding kaca yang membawa masuk cahaya matahari, secara automatik, saya membayangkan landskap berbatu di situ. Lalu, saya ke Melaka bagi mendapatkan aksesori air pancut, batu sungai, laluan turapan batu termasuk replika kepala manusia. Saya akui penggemar tegar landskap kerana sentiasa tenang diulit kehijauan pokok dan merdu bunyi deruan air,” katanya merujuk landskap Zen berkenaan.
Pengaruh Zen dipancarkan lagi menerusi pilihan lampu sulaman benang serta rotan, titipan warna alam melalui cat dan kertas dinding serta rekaan perabot berpetak dan mempunyai bucu juga mewakili konsep penataan itu.

“Saya menginginkan hiasan dalaman merentas zaman dan segala yang tertera di kediamannya ini disifatkan memenuhi ciri serta kriteria impiannya itu. Jika diperhatikan secara mendalam, anda dapati tidak banyak perhiasan tambahan diselitkan di kediaman ini terutama perhiasan dinding.

“Sebenarnya, saya sudah memutuskan tidak mahu menyesakkan ruang dan sudut dengan aksesori kecil. Bagi dinding, memadai diserikan kertas dinding. Selain cuba mematuhi keperluan konsep, saya menetapkan dinding perlu selamat dari lekuk dan lubang akibat hentaman paku. Lagipun, mata dan minda ini akan serabut memandang lukisan dinding berbilang warna serta motif,” ujarnya.

Namun, bagi mengelak jemu selain mewujudkan titik fokus, Joe tidak lupa menyelitkan rona merah di beberapa tempat difikirkan sesuai seperti lampu meja di kaunter sarapan, bekas hidangan di meja makan, latar cadar, cat dinding di kamar tidur utama dan sebagainya.

Sumber : Bharian

No comments:

Post a Comment