Sungguhpun begitu, kita tidak harus lupa puasa di bulan Ramadan adalah ibadat yang diwajibkan, dan kewajipan ini mempunyai banyak manfaatnya dari sudut kesihatan. Malah kini berpuasa menjadi satu kaedah yang digunakan untuk mengurangkan berat badan dan menjaga kesihatan.
Lapisan usus mengandungi berbilion parasit, dan organ-organ dalaman juga mungkin terkumpul dengan toksin dan melalui puasa detoksifikasi organ berlaku. Berpuasa boleh membersihkan saluran darah daripada racun yang disebabkan oleh toksin. Sesetengah orang mengamalkan puasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan sehingga sebulan kerana proses detoksifikasi sel-sel dalam tubuh mengambil masa yang lama.
Apa yang dibersihkan tubuh apabila berpuasa?
Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit.
Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan.
Asid-asid lemak trans.
Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus.
Bahan buangan toksik dalam sistem lympha dan saluran darah.
Toksin dalam limpa, hati dan buah pinggang.
Toksin-toksin yang tertanam dalam fiber selular dan tisu-tisu organ.
Deposit dalam tiub-tiub halus yang bertanggungjawab menyuburkan sel-sel otak.
Kolesterol berlebihan.
Apa kesannya?:
Kecergasan otak dapat dipertingkatkan.
Berat badan dapat dikurangkan dengan selamat tanpa geleber.
Sistem saraf diseimbangkan.
Paras tenaga dipertingkatkan.
Organ-organ dipertingkatkan kecergasannya.
Biokimia selular diharmonikan.
Kulit menjadi lebih halus, lembut dan sensitif.
Lebih mudah bergerak.
Pernafasan lebih penuh, bebas dan dalam.
Sistem digestif direhatkan.
Sumber : Saji
No comments:
Post a Comment